Dapur

Resepi Donut Tanpa Uli, Tapi Lembut Sampai Ke Pagi

Walaupun nampak mudah, sebenarnya ada beberapa masalah yang biasa dihadapi masa nak membuat donut. Terutamanya bagi yang first timer, kadang-kadang ada yang menyerap banyak minyak, mengecut selepas digoreng, dan mungkin problem yang paling selalu berlaku ialah donut menjadi keras selepas ianya sejuk.

Setelah percubaan demi percubaan, inilah resepi donut yang berjaya dihasilkan oleh Puan Nurul Azfa Azizan atau lebih mesra dengan panggilan Kak Nurul. Katanya, resepi ini menghasilkan teksturnya donut yang sangat lembut ‘seperti pipi baby yang bam bam’. Walaupun digoreng waktu petang, malamnya pun masih lembut dan boleh dimakan keesokan paginya.

Yang paling best, resepi ini tak perlukan anda untuk menguli. Simple sangat, insha Allah bagi yang kurang mahir pun boleh buat dan menjadi.

Jom kita tengok resepi beliau ini selengkapnya.

Resepi Donut Tanpa Uli, Tapi Lembut Sampai Ke Pagi

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 1 paket yis
  • 2 sudu susu pekat
  • 1 cawan air suam
  • 2 sudu gula
  • 4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 2 sudu marjerin
  • 1 sudu teh garam

resepi donut tanpa uli

Cara-cara

Ini pula adalah langkah membuatnya.

1. Satukan Bahan Basah

Mula-mula, masukkan semua bahan basah iaitu air suam, yis, susu, dan gula ke dalam sebuah bekas.

Tunggu sehingga kembang. Sementara nak kembang boleh buat bahan kering.

2. Satukan Bahan Kering

Di dalam sebuah bekas yang lain, satukan pula bahan kering iaitu merjerin, tepung, garam, dan baking powder.

Ramas hingga sebati.

3. Campurkan Bahan Kering & Bahan Basah

Kemudian masukkan bancuhan bahan basah (yis yang telah kembang) dalam bancuhan bahan kering (tepung). Gaul rata dan tutupkan adunan.

Nak tutup dengan plastic wrap pun boleh. Kak Nurul tutup dengan kain.

4. Tunggu 1 Jam

Biarkan adunan tadi selama 1 jam.

Lepas 1 jam, tengok adunan dah naik dua kali ganda. Sekarang dah bolehlah canai dan terap.

5. Bentukkan Donut

Terapkan comel-comel. Acuan Kak Nurul ntah hilang mana, jadi terpaksalah menggunakan jari-jemari yang lembut ni untuk menjadikan rupa donut.

6. Gorengkan

Bila dah siap, gorengkan dalam minyak panas.

Inilah hasil gorengan penuh kasih sayang! Nampak tak kegebuan di situ?

7. Salut Gula

Akhir sekali, salutlah gula yang dikisar atau gunakan terus gula halus / gula kastor.

Nak bubuh topping lain macam coklat ke, boleh je. Ikut suka hati tekak masing-masinglah ya.

Image may contain: dessert and food

Selamat Mencuba

OK bila dah siap, boleh di’ngap’. Senang, kan?

Cuba tau, jangan tak cuba!

 

*Resepi donut tanpa uli ini disumbangkan oleh Puan Nurul Azfa Azizan dan ia diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk sebarang pertanyaan dan lebih banyak perkongsian, follow FB beliau di SINI.

Yang Popular

To Top