Kuih masalodeh atau juga dikenali sebagai vadey yang merupakan kuih tradisi masyarakat India namun digemari oleh seluruh rakyat Malaysia. Jika dimakan panas-panas, memang tak dinafikan kesedapannya! Jadi, wanita ini kongsi resepi ‘homemade’ masalodeh yang sedap dan memang senang nak buat!
RESEPI MASALODEH / VADEI
Kacang dhal yang sering digunakan dalam masakan masyarakat India ada dua jenis. Iaitu kacang dhal yang berwarna kuning dan warna putih yang lebih halus. Untuk vadei ini kebiasaannya menggunakan kacang dhal berwarna kuning. Kuih ini selalu dijual dikaki jalan untuk kudap-kudapan minum petang.
BAHAN-BAHAN:
1.Kacang dhal
2.Halia
3.Bawang putih
4.Jintan manis
5.Bawang merah
6.Cili Kering
7.Daun Kari
8.Garam
CARA-CARA:
1.Rendamkan kacang parpu/kacang dhal semalaman. Basuh elok-elok dan toskan untuk keringkan.
2.Blend kacang dhal tadi menggunakan blender bahan-bahan kering. Blend hingga teksturnya ada yang halus dan ada yang kasar.
3.Tumbuk kasar halia, bawang putih dan jintan manis.
4.Hiris bawang merah, cili kering dan daun kari.
5.Campurkan kesemua bahan tadi ke dalam kacal dhal. Masukkan garam secukup rasa untuk perasakannya.
6.Gunakan senduk yang bulat untuk bulatkan kuih anda.
7.Masukkan ke dalam minyak panas dan goreng hingga kekuningan. Dah siap! Rangup, mudah & sedap!
Sumber: Jamilah Jamaludin