Dapur

Kecur Air Liur! Ini Cara Buat Sendiri Serbuk Colek Ala Thai Di Rumah

4.7K
SHARES

Sebut je mangga, mesti ada antara kita dah mula kecur air liur. Ada suka mangga manis, ada suka yang masam. Buah mangga ni memang terkenal di negara jiran kita, Thailand. Kalau di tepi jalan di sana, memang banyak nampak orang jual buah mangga yang dah siap dipotong dan dibuang kulit. Selalunya kita boleh pilih sekali dengan pencicahnya yang pelbagai jenis.

Foto Kredit: mangovine.net

Kadang-kadang bila kita beli buah mangga di pasar sini pun kerap juga dapat yang kurang masak. Nak makan saja memang susahlah sebab masam sangat. Jadi ramai yang suka cicah kicap pedas, cicah garam, asam dan sebagainya. Bagi yang nak bertukar selera, bolehlah cuba colek pedas-pedas manis ala Thai ni.

Mudah dan ‘menyengat’, jom kita cuba cara buat sendiri serbuk colek ala Thai di rumah hasil perkongsian Puan Norashikin Ismail.

Cara Buat Sendiri Serbuk Colek Ala Thai Di Rumah. Sedap!

Berikut adalah bahan-bahan yang perlu disediakan terlebih dahulu.

Bahan-bahan

  • Cili kering 10 tangkai
  • Belacan besar ibu jari hiris nipis *
  • Udang kering segenggam
  • Gula 6-7 sudu besar
  • Garam secukup rasa

Cara-cara

Mudah saja bahan-bahannya, boleh alter bahan tu ikut kesesuaian. Mungkin ada yang tak makan belacan, jadi kalau tak letak pun tak apa.

Sekarang jom tengok cara-caranya pula.

1. Cuci & Toskan Bahan

Mula-mula, cuci bersih cili kering dan udang kering. Kemudian toskan untuk buang lebihan air.

2. Sangai

Seterusnya, sediakan kuali dan sangai (goreng tanpa minyak) cili kering, belacan, dan udang kering sehingga kering dan ringan.

3. Potong Cili

Kemudian, biarkan bahan tadi sejuk sekejap. Lepas tu, potongkan cili belah dua dan keluarkan bijinya.

4. Blender

Masukkan semua bahan tadi ke dalam blender untuk dikisar sehingga hancur.

Kalau yang suka tekstur kasar, blender kejap saja. Kalau suka halus, boleh blend lama sikit. Terpulanglah ya.

5. Tambah Garam

Akhir sekali, boleh gaul dengan sedikit garam untuk menaikkan lagi rasanya.

Agak-agaklah suka banyak mana ya. Kalau masih pedas, boleh juga lebihkan gula. Nak lagi sedap, boleh guna gula merah atau gula kabung. Adjust ikut citarasa dan kreativiti masing-masing ya.

Bila siap, inilah hasilnya….

resepi colek mangga

Boleh Buat Stok Dan Simpan Dalam Bekas

Memang mudah sangat nak buat serbuk colek ala Thai ni sebenarnya. Barulah syok nak makan buah mangga yang dah dipotong tadi.

Bagi yang suka menyicah tu, dalam otak mesti dah terbayang-bayang isi mangga yang rangup krup krap krup krap. Fuh! Siap ada yang boleh keluar air mata bila makan.

Jadi apa tunggu lagi, lain kali mesti rajin cari mangga di pasar sebab dah boleh buat sendiri serbuk colek yang sedap ni di rumah.

Selamat mencuba!

 

*Resepi serbuk colek mangga ala Thai ini dikongsikan oleh Puan Norashikin Ismail menerusi Facebook. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk sebarang pertanyaan, boleh rujuk post asal beliau di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×