Percutian

‘Feeling’ Ala Morocco, Italy, Greece & Switzerland, Rupanya Dekat Thailand Je!

1.2K
SHARES

Rasanya tak ramai lagi orang kita yang pernah tahu kewujudan tempat menarik di Thailand ini. Bagi yang dah bosan ke Hat Yai, Koh Samui, Koh Lipe, atau Phuket, bolehlah cuba explore tempat ini pula. Kalau tengok dalam peta, Hua Hin ini letaknya ke atas sikit sebelum Bangkok.

Yang menariknya, anda boleh pusing 4 negara dalam 2 hari saja di sini. Tapi bukanlah yang betul-betul. Sebenarnya, ada replika istimewa bertemakan negara Morocco, Italy, Greece dan Switzerland. Belum dapat kumpul duit ke sana, rasa ‘aura’nya dulu pun jadilah kan?

Jom kita ikuti pengalaman bercuti di Hua Hin yang dikongsikan oleh Siti Raudhah bersama rakan-rakannya.

Pengalaman Bercuti 3H2M Di Hua Hin, Thailand

Hua Hin Thailand 26 – 28 Okt 2018 (3H2M)

Saya nak kongsikan post ini khas untuk sesiapa yang nak pergi short trip atau weekend getaway macam kami berempat. Seronok sangat terutamanya bagi yang suka bergambar. Konon-konon ‘feeling’ dekat Morocco, Italy, Santorini (Greece) dan Switzerland. Tak dapat pergi betul-betul, acah-acah pun jadilah kan?

Direct Flight Dari Malaysia

Buat masa ni, Air Asia saja yang ada tawarkan direct flight 4x seminggu dan sehari cuma ada 1 waktu penerbangan ke Hua Hin.

Kami pilih hari Jumaat-Ahad. Dapat jimatkan cuti. Penerbangan ambil masa 2 jam dan kami bertolak jam 10 pagi dari KL dan sampai di Lapangan Terbang Hua Hin jam 11 pagi waktu tempatan (Thailand).

Harga return flight : RM275/pax

Dari Bangkok ke Hua Hin pun tak jauh sangat, jadi boleh juga singgah ke sini kalau ada yang nak selitkan aktiviti masa bercuti di Bangkok.

So, apa tempat menarik dan aktiviti yang boleh dibuat di sana?

Hari Pertama

Sesampainya di airport, kami terus pergi ambil kereta. Pick-up time pukul 11 pagi Jumaat dan return pukul 10 pagi Ahad.

Dalam trip kali ni kami dah bagi task kat salah sorang member sebab selalunya dia asyik follow je tak ada kerja. Kali ni bagi dia drive. Kami dah siap-siap book kereta Mirage melalui Hertz Car Rental dengan harga 1669 Baht, tapi bila sampai diorang upgrade free ke Honda Jazz. Alhamdulillah rezeki. Maklumlah memberi sorang ni kerja purchasing, so habis semua dia nego.

Mercado De Plearnwan

Highway di Hua Hin ni macam jalan biasa di bandar, tapi still kena alert dengan speed limit juga ya. Jadi lepas tu kami terus ke MERCADO DE PLEARNWAN. Dekat je dari airport. Dari jauh nampak clown melambai-lambai. Mula-mula tu macam tak pasti, “Eh betul ke tempat ni?” Sampailah terlepas dan Waze suruh u-turn kat depan. Rupanya betul la dekat clown tu. Dia tunjuk arah untuk park kereta. Huhu. Parking je bayar 40 baht tapi entrance fee percuma.

Dalam ni ada local market, handcraft, mini fun fair. Jadi apa lagi, mulalah misi tangkap gambar. Dah penat bergambar, perut pon dah lapar. Kami lunch di MOOZ HUA HIN HALAL FOOD. Serius sedap. Restoran dahlah cantik. Siap ada surau lagi. Senang terus solat jamak dekat sini je. Harga ok, not bad. Kami order omelette, curry prawn, mushroom, dan tomyam seafood lah sebagai menu wajib di Thailand.

Premium Outlet Cha-Am

Seterusnya jam 2 petang tu kami pergi cuci mata di PREMIUM OUTLET CHA-AM. Ni kalau dekat Malaysia, macam Freeport Melaka  tapi kecil sikit. Banyak sports brand. Sejam je kat sini sebab misi utama bukan nak shopping. Lagipun tak jumpa benda yang berkenan sebenarnya. Selamatlah duit. Hihi..

Camel Republic

3.15 petang, kami terus ke CAMEL REPUBLIC. Dekat sinilah ala-ala Morocco tu sebab design wall dia semua cantik-cantik. Ada macam-macam aktiviti yang boleh buat contohnya macam rides, 4D theatre, tengok binatang dan lain-lain. Bayaran masuk 150baht tak termasuk rides / 4D theatre.

Kami spend time dekat sini bagi unta makan, tengok alpaca, biri-biri, flamingo, pony, mara (macam rabbit tapi macam mini kangaroo pun ada). Lepas tu apa lagi, posinglah bergambar dengan senibina yang unik.

Parents yang nak bawa anak memang sesuai sangat sebab tempat ni animak friendly. Tandas pun lawa dan sangat bersih. Satu yang kami perasan, dekat Hua Hin ni semua tandas bersih-bersih. Tak jumpa langsung yang busuk-busuk!

Venezia Hua Hin

Jam 6 petang, kami sampai di VENEZIA HUA HIN. Tempat ni acah-acah Italy. Bayaran masuk boleh pilih ikut pakej. Kami ambik yang 250 baht termasuk naik gondola.

Seronok juga naik, rasa romantik je memandangkan hari pun dah senja. Tapi bila dah nak habis tu sempat juga orang tu kenakan kami. Sampai senget-senget gondola dibuatnya!

Chatsila Market

7.30 malam, kami pergi pula ke night market di CHATSILA MARKET. Standard lah Thailand, mana-mana pergi mesti ada night market. Sampai-sampai je nampak banyak kedai massage. Apa lagi masing-masing masa tulah acah-acah lenguh kaki la apa la… Padahal baru first day kan. Tapi murah pulak tu 200 baht sejam. Apa lagi semua laju je masuk. Ada private room lagi untuk 4 orang.

Dah habis, kami ronda-ronda cari souvenir. Beli dekat sorang nenek ni murah je 1 fridge magnet 10 baht. Beli 10 dapat 1 free. Ok lah kan. Nenek tu pon baik je layan kitorang. Nama gerai dia HUA HIN REMINDER.

9.30 malam, baru nak dinner di Muslim Halal Food betul-betul sebelah TH Beach Hotel. Sini ada pancake jugak. Kami makan nasi goreng dan air iced lemon tea.

Hotel B2 Hua Hin Premier Resort

10.30 mlm, check-in Hotel @B2 Hua Hin Premier Resort. Kami book family suite. Hotel ni sesuai untuk yang drive sebab lokasinya ke dalam sikit. Tapi hotel ni sangat cantik, bilik pun besar untuk kami berempat. Ada 2 king bed. Nak sumbat 6 orang pun boleh sangat. Selesa dan harga berbaloi RM 286 untuk 2 malam. Book kat Traveloka. I love Traveloka! 

Jumlah perbelanjaan untuk hari pertama macam di bawah ni:

  • Sewa kereta : total 1669 baht utk 2 hari (RM215) / RM54/pax
  • Minyak : total 640 baht utk 2 hari (RM80) / RM20/pax
  • Parking @Mercado : total 40 baht / RM1.20/pax
  • Lunch @ Mooz : 805 baht for 4 pax (RM102) / RM 25.50/pax
  • Parking @ Premium Outlet Cha-Am : Free
  • Entrance fee @ Camel Republic : 150 baht/pax (RM19)
  • Entrance fee @ Venezia + Gondola ride: 250 baht/pax (RM31)
  • Dinner : Nasi goreng + ice lemon tea 107 baht/pax (RM13)
  • Hotel 2 malam : RM71.50/pax

Hari Kedua

Seawal 8 pagi kami mula keluar cari sarapan, beli di 7e saja. Beli susu dengan roti. Make sure cari yang ada logo halal ye. 7e kat Hua Hin ni macam cendawan tumbuh lepas hujan. Banyak sangat.

Rajabhakti Park

8.30 pagi tu pergi ke RAJABHAKTI PARK. Pemandangan memang cantik sangat untuk ambil gambar dekat monumen tu. Dengan rumput hijau dia, awan cantik. Sini nak buat aksi lompat-lompat pun boleh sebab kawasan lapang. Alhamdulillah cuaca baik walaupon tengok ramalan cuaca sebelum tu petir.

Hua Hin Railway Station

Ini stesen keretapi paling cantik dekat Thailand tau. Kami pun singgah la kejap melawat sambil posing untuk ambil gambar.

Santorini Park

10.30 pagi, sampai dekat SANTORINI PARK (ala-ala Santorini Greece). Teruja sangat sebab bangunan putih-putih semuanya. Cantik.

Sebenarnya tempat ni outlet. Tapi setiap gambar boleh bergambar di luarnya sebab design setiapnya berbeza. Memang ramai yang datang untuk photoshoot. Nak nasuk kena bayar tapi kami beli online melalui kkday.com sebelum pergi. Dapatlah jimat sikit.

Dah habis bergambar, pergi pula 4D ride. Dekat sebelah park ni ada waterpark juga tapi kami tak pergi.

Aminah Seafood

12 tengah hari kami makan tengah hari di AMINAH SEAFOOD.

Makan hidang dekat sini. Order ikan stim limau, omelette yang rangup, somtam, ayam pad kra praw. Fuhh sedap! Laju masing-masing makan.

Swiss Sheep Farm

2.30 petang kami sampai di SWISS SHEEP FARM. Ada kincir angin semua memang acah-acah Switzerland.

Dekat sini kami bagi biri-biri makan. Ada 3D art juga dan masa kami pergi ada tema Halloween. So adalah pumpkin konon-konon seram gitu. Tiket masuk sini pun dah beli online sekali dengan Santorini Park tadi.

3.30 petang kami balik hotel kejap untuk solat dan rehat. Dekat luar memang panas, jadi standby air mineral banyak sikit ya.

Hua Hin Beach

5.30 petang kami ke HUA HIN BEACH. Kalau ikut plan, nak tengok sunset. Tapi bila sampai dah tak sempat pulak. Tapi tak apalah sebab sempat juga tengok suasana di sini.

6.30 petang kami pun makan malam di restoran HUA HIN BEACH BEST FOOD. Area pantai juga. Tomyam sini lagi mengancam. Member-member lain makan pad thai. Pastu ada Indian food jugak tau. So ada variety la.

Memandangkan malam terakhir, 8 malam tu kami pergi lagi ke Chatsila Night Market untuk habiskan Thai Baht yang ada.
Ada T-shirt material elok baru 100 baht. Murah jugalah. Pukul 10.30 malam kami pun balik hotel.

Jumlah perbelanjaan untuk hari kedua macam di bawah ni:

  • Parking @ Rajabhakti Park : Free
  • Entrance @ Santorini park : RM19
  • Lunch : 615 baht for 4 pax (RM78.40) / RM19.60/pax
  • Swiss Sheep Farm : RM13/pax
  • Dinner : 170 baht/pax (RM21)

Hari Ketiga

7.45 pagi kami check-out hotel.

8.15 pagi, bersarapan di area railway station. Ada sorang akak manis ni jual pulut ayam. Sedap. 25 baht je.Klu nak cari gerai dia, betul-betul depan Hua Hin Coffee Station.

Lepas makan lebih kurang jam 9 pagi tu kami terus ke airport untuk check-in bag.

Breakfast : 25 baht/pax (RM3)

FN Outlet

Lepas tu keluar balik ke FN OUTLET 4km saja dari airport. Sebab flight kami pukul 11.30 pagi jadi ada banyak masa lagi. Lagipun airport tak ramai orang jadi taklah risau kalau kena beratur lama.

FN Outlet ni taklah besar sangat. Ada jual perfume, Skechers, Radley, dan macam-macam lagilah. Member sorang tu sempat lagi shopping macam-macam lepastu mulalah fikir nak sumbat mana barang besar-besar sebab beg semua dah check-in. Apapun, dapatlah habiskan masa sejam kat sini.

10.20 pagi, kami terus ke airport dan pulangkan kereta sewa. Masa check pasport, staf tu siap tanye ‘are u the last one?’. Pusing belakang tengok memang tak ada org dah. Happy dia dah boleh tutup kaunter hari tu. Sebab memang 1 flight je sehari. Tapi kastam dia memang check beg setiap seorang. Siap tengok powerbank berapa kapasiti. Kalau tak silap, tak boleh lebih 32000mAh dan mesti hand carry ok.

11.15 pagi dah ready to depart. Naik-naik je trus beli megi. Flight attendant siap tanye ‘Kenapa, makan tak sedap ke kat Hua Hin?’ Saya cakap ‘Sarapan tadi tak kenyang. Susah sikit cari kedai sedap’ . Then dia ckp ‘Patut pegi area masjid. Sana banyak makanan sedap-sedap, siap ada roti canai’. Aduhh kenapalah tak teringat kan? Kalau masjid mesti ada banyak makanan halal. Tak apalah nasib ada pulut ayam kakak manis tu. So tips kalau nak cari sarapan, pergi area masjid ya.

2.15 petang sampai (waktu tempatan Malaysia). Home Sweet Home. Esok kerja!

Total ‘Hangus’ Sekitar RM600 Seorang. Berbaloi!

Bila dah ditambah tolak, jumlah perbelanjaan lebih kurang RM600+ seorang. Bolehlah kan, sesuai bagi orang yang suka bergambar, memang enjoy sangat.

Boleh share dan tag kawan atau partner yang asyik ajak bercuti tapi tak tahu nak pergi mana dah. Terima kasih!

*Tips percutian ke Hua Hin Thailand ini dikongsikan oleh Siti Raudhah menerusi Facebook. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk pertanyaan lanjut, rujuk post asal beliau di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×