Dapur

Resepi Chocolate Bar Bubble Crunch Simple, Guna 2 Bahan Je Dah Jadi!

129
SHARES

Dalam tak sedar sudah 2 minggu kita menyambut Ramadhan, pastinya pelbagai juadah telah dicuba oleh semua orang. Tetapi apa yang lebih menarik, kedatangan Syawal juga kian terasa apabila resepi resepi kuih raya juga banyak dikongsi oleh semua. Antara yang menarik perhatian ialah resepi yang berasaskan coklat yang sering menjadi kegemaran orang ramai.

Resepi yang mudah dan senang ini boleh dicuba oleh semua orang dan pastinya digemari ramai. Sabariah Sareh Saad melalui laman Facebooknya berkongsi resepi biskut bar coklat rangup yang sangat simple dan senang untuk dibuat. Hanya guna dua bahan sahaja dah boleh buat!

Biskut Bar Coklat Rangup (Chocolate Bar Bubble Crunch)

Setelah viral biskut raya 2 bahan (Almond Cluster) yang agak mewah tu.Ramai jugak mengeluh “ala badam mahal”, “ala kena bakar badam ke, rumah saya takde oven” ada je masalah korang Hari ni Mama Imani kongsi resepi cookies murah sket tapi nampak premium dan lazat.Biskut raya yang ni takyah bakar langsung.Senang ya amat.

Bahan-bahan

– Bubble rice (rice krispies plain)
– Milk chocolate coin Beryls
(Acuan petak tu optional bole jugak guna silicone molds atau paper cup ikut kreativiti masing2)

Cara buat

1-Cairkan coklat macam biasa la buat double boil tu.

2-Gaul bubble rice dengan coklat kemudian letak dekat acuan.Kemudian tuang baki coklat sampai paras acuan tu bagi nampak padat. (Step ni ikut kreativiti masing2 guna acuan apa)

3-Tekan pembahagi loyang tu bagi terpisah semua adunan jadi bar.Kemudian simpan sekejap dalam peti ais bagi coklat mengeras.

4-Tanggalkan loyang bar tu perlahan2.Kemudian simpan biskut dalam balang.Senang je pon

Selamat mencuba.

Ps:Nak nampak cun lagi bole “drizzle” white coklat atas permukaan biskut bar coklat tu.

Sumber : Sabariah Sareh Saad

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×