Dapur

Resepi Cendawan Goreng Tak Serap Minyak, Rangup Sampai Ke Petang!

1.5K
SHARES

RESEPI CEBDAWAN GORENG KRUP KRUP KRAP – TAK SERAP MINYAK, RANGUP SAMPAI PETANG!

Ramai antara kita mesti suka makan cendawan goreng kan?

Tapi, mungkin ada antara kita tak biasa masak cendawan ni, akan dapat hasil gorengan yang lembik / serap banyak minyak.

Kalau simpan lama sikit, dah tak sedap nak dimakan semula.

Apa agaknya rahsia nak dapatkan cendawan goreng yang rangup, sedap dan tahan lama?

Jom kita tengok perkongsian resepi cendawan goreng serta tips dapatkan gorengan rangup dan tahan lama oleh Fieza Afieza ini.

Memang mudah dan tak perlu pakai tepung segera pun!

Resepi Cendawan Goreng Rangup & Tahan Lama

Hari ni akak nak share resepi cendawan goreng tepung stail akak.

Lain orang lain caranya kan. Sama-sama kita berkongsi. Hargai persamaan, raikan perbezaan.

Lebih rangup krup krap krup krap, lebih tahan lama.

Tapi selalunya tak sempat simpan, setalam pun dorang habiskan.

Cendawan goreng ni tak makan minyak kata orang tempat akak. (Tak berminyak).

Tak perlu beli tepung tepung khas , guna tepung yang selalu ada kat rumah jer.

Tak perlu bancuh tepung, tak perlu celup pun cendawan dalam tepung.

Cukup di gaul sahaja…di gaul sahaja ya.

Bahan-bahan

  • Bahan utama opkos cendawan tiram kelabu dalam 500gram.
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 3 sudu besar tepung beras
  • 2 sudu besar serbuk Kari…apa apa ja serbuk Kari. X kisah Kari ayam @ ikan @ daging. Semua boleh.
  • Garam secukup rasa.

Cara caranya , jom tengok gambar di bawah:

Resepi cendawan goreng

Resepi cendawan goreng

Resepi cendawan goreng

Resepi cendawan goreng

 

Selamat mencuba!

Sumber: Fieza Afieza

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×