Dapur

Resepi Biskut Peanut Butter ‘Rare’, Memang Susah Nak Cari Dekat Kedai

11
SHARES

Zaman serba moden ini biskut raya turun temurun juga semakin dilupakan dan muncul biskut raya baharu yang menjadi kegemaran orang ramai. Pelbagai jenis biskut raya dapat kita cuba sewaktu mengunjungi rumah sanak saudara dan jiran tetangga.

Paling tidak dapat dilupakan sudah tentunya biskut peanut butter. Biskut peanut butter semakin dilupakan dan agak susah nak cari di kedai. Jadi, apa kata cuba resepi yang dikongsi oleh Puan Jamiah Husin ini. Memang tiap tahun wajib buat…

Baca juga: Resepi Crunchy Cornflakes Chip Simple, Mesti ‘Laku Keras’ Raya Nanti!

RESEPI BISKUT PEANUT BUTTER RARE, SUSAH NAK CARI DEKAT KEDAI

Biskut peanut butter

Bila tarikh hari raya tidak bagai yang disangka, biskut hari raya kegemaran pun tertangguh. Hari ni baru anak dapat buat. Lambat pun tak apa, susah nak dapat di pasaran.

Bahan-bahan diperlukan: 

  • 1 buku butter
  • 3/4 cwn gula pasir halus
  • 2 kuning telur
  • 1 sd kecil vanila
  • 10 sudu mkn peanut butter
  • 1 1/2 cwn tepung gandum
  • 2 cawan tepung jagung
  • Sedikit Garam.
  • 1/2 sd minyak sapi

Biskut peanut butter

Cara penyediaan:

1. Pukul butter, gula dan telur sehingga sebati.

2. Masukan minyak sapi, peanut butter dan vanila. Pukul perlahan sehingga sebati.

3. Ayak tepung dan masukkan tepung. Uli dengan tangan sehingga tidak melekat. Kalau lembik tambah tepung jagung.

4. Letak kismis pada acuan letak doh dan bakar pada suhu 170 selama 10-15 minit. *Ikut oven masing-masing.

Ada yang pernah rasa tak biskut ni? Nampak sedap kan? Boleh la cuba buat. Bahan-bahan pun mudah sahaja.

Sumber: Facebook Jamiah Husin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×