Dapur

Nasi Lebih Jangan Dibuang, Boleh Buat Apam Nasi Yang Gebu. Senang Sangat!

837
SHARES
resepi apam nasi

“Haih, banyak pulak nasi lebih dalam periuk ni. Takkan nak buat nasi goreng lagi. Boringlah… Tapi kalau nak dibuang sayang. Apa lagi menu menarik boleh buat dengan nasi lebih ni ya?”

Lebihan nasi jangan dibuang. Boleh buat apam nasi yang gebu gebas dan lembut. Makan pula cicah dengan kelapa parut campur garam. Sedap ya ampun!

Sebenarnya cara membuat apam nasi ini senang saja. Jom tengok resepi yang dikongsikan oleh Puan Nurul Atika Moktar ini.

Resepi Apam Nasi Yang Gebu & Lembut. Sangat Mudah & Sedap!

Bahan-bahan

*Bahan untuk 40 biji apam nasi. Kalau nak kurang boleh adjust kuantiti bahannya.

Bahan kisar:

  • 2 cawan nasi
  • 3 cawan air
  • 1 cawan gula

Bahan ayak:

  • 3 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 peket yis mauripan 11g

Bahan lain:

  • Pewarna ikut kesukaan (optional)

Cara-cara

Dah cukup bahannya, mari kita tengok cara membuatnya langkah demi langkah.

1. Kisar & Ayak

Mula-mula, kisar dan ayak bahan-bahan yang dinyatakan di atas.

2. Perap

Campurkan semua bahan dan titiskan pewarna kesukaan anda ke dalam adunan. Perapkan selama 1 jam.

Boleh tutupkan adunan tersebut dengan plastic wrap atau penutup bekas biasa.

3. Sediakan Acuan

Kemudian, sapukan sedikit minyak pada acuan.

Tuangkan adunan tadi agak-agak hingga 3/4 acuan, jangan terlalu penuh.

4. Kukus

Kukus guna api besar selama lebih kurang 15-20 minit atau sehingga masak.

Bagi yang tak ada pengukus, boleh juga kukus atas dengan periuk biasa atau lagi senang guna rice cooker.

5. Hidangkan Dengan Kelapa Parut

Bila dah kembang dan masak sepenuhnya, keluarkan dari pengukus.

Akhir sekali, bolehlah dihidang dengan kelapa parut yang dicampur dengan sedikit garam.

Siap! Inilah Hasilnya

Mudahnya… Nampak sedap pula tu. Lepas ni kalau ada lebihan nasi janganlah dibuang ya. Rupanya senang sangat nak buat apam nasi di rumah.

Walaupun mudah, tapi sangat menyelerakan. Sesuai buat untuk sarapan, minum pagi, atau minum petang. Kena pula dengan teh atau kopi, memang lagi nikmat!

Jimat, tak membazir. Rugi kalau tak cuba resepi apam nasi yang simple ini.

Bahan-bahan yang diperlukan pun bukannya susah nak cari. Kebanyakannya dah memang ada di rumah, kan?

Jom cuba!

*Resepi apam nasi yang mudah dan sedap ini disumbangkan oleh Puan Nurul Atika Moktar menerusi Facebook. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk sebarang pertanyaan atau lebih banyak perkongsian resepi, boleh follow beliau di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×