Dapur

Resepi Apam Coklat Chipsmore Guna 3 Bahan Je. Mudah & Sedap Sangat!

430
SHARES
resepi apam coklat 3 bahan

Cuti-cuti ni memang berapa kali ulang ke dapur tak taulah kan. Kejap-kejap rasa lapar.

Kadang tu tekak teringin juga nak makan apam atau muffin panas-panas kan. Haa… Ni ada satu resepi menarik dan senang sangat untuk buat dengan anak-anak.

Cuma guna 3 bahan je, tak sangka biskut Chipsmore ni boleh jadi apam yang lembut dan gebu!

Jom tengok resepi apam Chipsmore oleh Atie Adam ni. Simple sangat!

Resepi Apam Coklat Chipsmore 3 Bahan Paling Simple

Anak-anak akak memang suka makan segala jenis kek, muffin, dan apam semua ni. Kadang-kadang bila diorang mintak suruh buat, bahan-bahan pulak tak cukup. Menangislah akak tepi bucu katil…

Tapi kali ni akak terselamat sebab terjumpa resepi 3 bahan ni. Serius memang mudah sangat nak buat dan yang penting sangat sedap moist, semua memang secukup rasalah kiranya!

Kalau tak percaya korang cubalah mesti tak cukup dan repeat buat lagi.

Caranyadah tentulah simple sangat. Semua bahan dan langkah step by step boleh tengok kat bawah ok!

Bahan-bahan

  • Sepaket biskut Chipsmore (bungkus besar)
  • 200ml susu cair (1 tin biasanya 200ml)
  • 1/3 sudu baking powder (refer gambar kalau tak tau nak agak)

Cara-cara

1. Hancurkan Biskut Chipsmore

Mula-mula hancurkan dulu biskut Chipsmore.

Ikut cara sendirilah nak masukkan biskut tu dalam plastik dan ketuk-ketuk sampai hancur guna atau nak guna lesung batu.

Kalau nak lagi senang guna blender pun boleh, asalkan bebas bau bawang dan cili ye.

2. Campurkan Semua Bahan

Kemudian masukkan semua 3 bahan ni dalam mangkuk (Chipsmore yang dah hancur, susu cair dan jugak baking powder).

Kacau sebati.

3. Kukus

Lepas tu bolehlah masukkan dalam bekas cupcake / muffin dan kukus dalam pengukus.

*Seeloknya sebelum mula buat adunan dah boleh panaskan air siap-siap untuk mengukus sebab proses nak buat adunan ni kejap je tak sampai 15 minit.

Siap!

Wah, bila dah siap….

Tengok kejadiannya, memang menggoda sangat. Itu pun belum rasa lagi!

Ini kalau isi banyak sikit mesti lagi cantik kejadiannya kembang macam cendawan butang agaknya.

Serius sedap dan mudah sangat cara buat apam coklat 3 bahan ni. Tak payah nak sukat tepung semua. Insha Allah semua orang mesti boleh buat dan menjadi lembut gebu je.

Kadang-kadang tu jemu juga asyik makan biskut je kan. So bolehlah kita cuba buat apam coklat ni. Mudah kan?

 

*Resepi apam coklat Chipsmore ini dikongsikan oleh Atie Adam menerusi Facebook. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai resepi boleh rujuk post asal beliau di SINI.

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×