Dapur

Resipi Apam Balik Ekspres, Sesuai Untuk Orang Bujang & Student Yang Bosan Makan Mi Segera

153
SHARES

“Bosannya tiap-tiap hari makan mi segera je.. nak juga makan fancy-fancy..”

Hidup bujang atau duduk di kolej mestilah sentiasa fikir untuk jimat. Balik saja dari kerja atau kelas mesti buntu memikirkan makanan apa yang ingin dimakan. Kebiasaannya, jalan penyelesaiannya adalah mi segera kerana tak ada resipi yang mudah dan sesuai untuk dimakan seorang. Jadi, pelajar ini telah kongsi resipi mudah dan ringkas apam balik untuk pelajar-pelajar kolej dan juga orang bujang yang ingin berjimat.

APAM BALIK SENANG

Sepaket tepung boleh tahan hingga seminggu. Hanya guna 5 bahan yang mudah didapati iaitu minyak masak, telur, tepung gandum, gula dan yis.


Mula-mula, gunakan agak-agak 2 sudu kecil yis campur bersama air dan gula dan kacau. Dalam bekas lain, masukkan telur, tepung, gula dan minyak masak. Dah sebati, campurkan dengan yis tadi dan biarkan rehat selama lebih kurang 15 minit hingga bancuhan tu naik.

TABUR MILO SAMPAI MILO CAIR

Bila serbuk milo tadi dah cair, lipatkan apam balik anda. Pastikan masak di bahagian atas dan bawah ya!

SIAP!

Boleh juga gantikan filling milo tadi dengan jem ataupun apa-apa spreading yang disukai. Bancuhan tadi juga boleh dikukus guna rice cooker ya. Boleh tahan dari pagi hingga ke malam.

*Mudah kan? Selamat mencuba!

Sumber: qmrazhr_

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×