Dapur

Ini Variasi Resipi Yang Sangat Mudah Dan Sesuai Untuk Orang Yang Masih Bujang

31
SHARES

“Malasnya nak masak menu ni, bahan-bahan yang diperlukan pun banyak! Susah!”

giphy.com

 

Balik kerja saja mesti buntu memikirkan makanan apa yang ingin dimakan. Biasalah bila hidup sebagai orang bujang, makanan yang ingin dimasak pun tidak mahulah terlalu berat dan susah. Tapi, susah pula nak jumpa resipi masakan yang simple dan sangat sesuai untuk orang bujang. Jangan risau, ini kami senaraikan 5 menu masakan yang khas untuk orang bujang di luar sana!

1. Telur Dadar Kentang

http://myresipi.com/

Kalau dah nama pun resipi bujang mestilah ada menu telur kan? Tapi kalau asyik-asyik makan telur goreng dan ditambah kicap sahaja, mestilah bosan. Jadi, apa kata anda cuba resipi telur dadar kentang ini untuk kelainan rasa. Bukan itu sahaja, bila telur digabungkan bersama kentang perut anda pun akan lebih kenyang kerana kentang dapat membantu untuk mengenyangkan perut tau!

Resipi telur dadar kentang : http://myresipi.com/recipes/telur-dadar-kentang

2. Ikan Bilis Goreng Halia

http://myresipi.com/

Salah satu bahan makanan yang mudah untuk dimasak, ikan bilis juga boleh digunakan dalam pelbagai jenis resipi. Kalau anda yang malas nak beli bahan basah yang perlu disiang tu, boleh la masak ikan bilis goreng halia ini. Bukan sahaja sangat enak dimakan bersama nasi panas, malah menu ini juga sangat bagus untuk anda yang nak ‘buang angin’ kerana mempunyai kandungan halia.

Resipi ikan bilis goreng halia : http://myresipi.com/recipes/ikan-bilis-goreng-halia

3. Mihun Singapura

http://myresipi.com/

Bila dah bosan makan nasi setiap hari, apa kata anda cuba menu mihun goreng Singapura sebagai menu makan malam ataupun makan tengahari. Mudah dan enak, mihun Singapura ini juga anda boleh pelbagaikan isi kandungan semasa menggoreng seperti meletakkan makanan laut atau ayam. Menu yang tidak terlampau mengenyangkan dan tidak terlampau melaparkan ini memang sesuai untuk anda yang bujang tu.

Resipi mihun Singapura : http://myresipi.com/recipes/mihun-singapura

4. Ayam Goreng Cendawan

http://myresipi.com/

Bagi anda yang tidak gemarkan masakan yang pedas, anda boleh cuba masak ayam goreng cendawan yang sememangnya enak! Resipi ala-ala masakan Cina ini mampu untuk menaikkan selera dan juga menyihatkan. Untuk anda yang nak masak masakan yang cepat dan tidak menggunakan bahan yang banyak, jangan lupa untuk cuba masakan ini tau!

Resipi ayam goreng cendawan : http://myresipi.com/recipes/ayam-goreng-cendawan

5. Kerabu Mi Segera

http://myresipi.com/

Haa, selalu pergi ke restoran pesan menu ini kan? Tak payah nak beli lagi kerana anda boleh buat sendiri sahaja di rumah. Memang sesuai sebagai salah satu makanan orang bujang, menu kerabu mi segera ini boleh menggantikan pengambilan nasi. Rasanya yang pedas dan masam memang sangat sesuai dengan tekak orang Malaysia. Untuk anda yang bujang tu, menu ini sangat sesuai dimakan tidak kira masa dan dimana sahaja!

Resipi kerabu mi segera : http://myresipi.com/recipes/kerabu-mi-segera

*Balik kerja nanti boleh cuba masak okay?

Sumber: MyResipi.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×