Dapur

Resepi Aiskrim Buah Homemade Untuk Anak, Lebih Sihat & Sedap!

63
SHARES

Sebut sahaja aiskrim, mesti semua kanak-kanak mengemarinya dan melompat keriangan kalau dapat aiskrim yang dibeli oleh ibu atau ayah. Namun, pengambilan aiskrim perlu dikawal kerana kandungan gula yang tinggi dan ia tidak sihat jika diambil terlalu kerap.

Apa kata, kalau nak lagi sihat, weekend ni sediakan sendiri aiskrim di rumah dengan menggunakan buah asli. Haa kan bagus tu, lebih berkhasiat dan yang penting sedap kerana campuran buah-buahan, yogurt dan juga susu full cream. Menariknya!

Baca juga: Ibu ‘Share’ 10 Menu Wajib Cuba Untuk Bayi Usia 12 Bulan

3 RESEPI AISKRIM BUAH HOMEMADE UNTUK ANAK, LEBIH SIHAT & SEDAP

Hari ni saya nak share resepi aiskrim. Ikut mummy nak kisar susu dengan buah atau kisar buah dengan air pun boleh juga macam buah mangga sebab dia dah manis.

Nak aiskrim rasa lagi sedap boleh kisar susu tambah yogurt dan buah. Rasa masam-masam sikit. Buah kalau tak nak kisar sekali boleh cincang-cincang letak dalam acuan aiskrim.

aiskrim

*Yogurt boleh perkenalkan seawal usia bayi 8 bulan ke atas manakala susu full cream pula, untuk bayi bawah usia 1 tahun perlu dipanaskan terlebih dahulu.

1. AISKRIM MANGGA

Air dan buah mangga. Kisar semua sekali dan letak dalam acuan aiskrim. Sedia untuk dibekukan.

2. AISKRIM YOGURT KIWI

Susu full cream (panaskan), yogurt dan buah kiwi dicincang. Letak dalam acuan aiskrim dan sedia untuk dibekukan.

3. AISKRIM DRAGON FRUIT

Susu full cream (panaskan) dan dragon fruit dicincang. Letak dalam acuan aiskrim. Sedia untuk dibekukan.

Senang je kan? Kalau kita nak makan sekali pun boleh. Sedap dan menyegarkan. Patut cuba!

Sumber: Facebook Mar Maria

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×