Baru-bari ini Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Sri Ir. Dr. Wee Ka Siong mengumumkan pelanjutan kelonggaran memperbaharui lesen memandu & roadtax hingga 31 Julai 2021. Ini tertakluk kepada mereka yang tamat tempoh pada 1 Jun – 30 Julai 2021.
Bagi Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) (termasuk PSV/GDL) yang akan tamat tempoh dari 1 Jun hingga 31 Julai 2021, diberikan kelonggaran untuk memperbaharui LKM dan LMM mulai 1 Ogos hingga 30 September 2021.
Walaubagaimanapun, orang ramai perlu memastikan kenderaan memiliki perlindungan insurans yang sah dan menunjukkan (e-cover note insurance) kepada anggota penguatkuasa sekiranya diminta.
PENGECUALIAN RENEW LESEN & ROADTAX UNTUK KENDERAAN PERSENDIRIAN
Bagi pengoperasian kaunter pula, semua urus niaga yang dibenarkan adalah yang hanya melibatkan kenderaan perdagangan Perkhidmatan Perlu (essential services) sahaja, yang memerlukan melakukan rentas sempadan negara, seperti berikut:
Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM);
-Pendaftaran Baharu;
-Pengeluaran Salinan Vehicle Ownership Certificate (VOC) dan Maklumat Kenderaan Sahaja; dan
-Pembaharuan PSV dan GDL.
Semua urusan adalah secara temu janji sahaja dan sebarang walk-in TIDAK dibenarkan;
Sila rujuk cara membuat pembaharuan lesen dan roadtax online melalui MySikap: Cara Renew Lesen JPJ & Roadtax Secara Online Melalui Portal MySikap
PKP 3.0: Urusan Renew Roadtax / Lesen UTC Ditutup Sepenuhnya
Bagi tujuan pengoperasian kaunter JPJ di Pusat Transformasi Bandar (UTC), di seluruh negara, ianya akan ditutup sepenuhnya di sepanjang tempoh ‘total lockdown’.