Pantang

Rendang Halia Untuk Wanita Selepas Bersalin, Jom Cuba Buat Dan Amalkan!

799
SHARES

Makanan yang berkenaan dengan kesihatan khusus untuk wanita lepas bersalin memang banyak boleh dijumpai di laman internet. Malah petua orang-orang tua pun masih diamalkan sampai ke hari ini. Jadi, untuk wanita yang tengah berpantang selepas bersalin tu yang masih teringin nak makan rendang, memandangkan kita masih di bulan Syawal, boleh cuba untuk buat rendang halia! Dengar macam pelik kan, tetapi halia memang bagus untuk kesihatan rahim dan tubuh wanita selepas bersalin. Nak tahu macam mana? Jom kita ikut caranya.

http://www.naturallys.pt/

Bahan-bahan

Ikan bilis
Halia
Lada hitam
Sedikit garam
Minyak untuk menggoreng

1. IKAN BILIS

Ikan bilis. Saya beli 200 g je. Beli yangg belum kopek dan besar sikit. Kalau ada M kuasa 2 tu boleh je beli yang dah kopek. Tapi saya lebih suka kopek sendiri. Ambil masa dalam 1 jam lebih jugak la nak ngopek ikan bilis ni ha. Lepas dah kopek, cuci bersih pastu toskan buang segala cecair yang ada. Make sure bersih ye maklumlah jauh perjalanan ikan-ikan ni dari laut nak sampai ke rumah kita.

2.  HALIA

Halia ni, kikis je. Tak kisah la guna sudu ke, pisau ke nak kokak guna jari pon ikut suka tuan punya badan lah.. dah cuci bersihkan letak tepi.. tak kering pon tak apa janji basuh bersih.

3. LADA HITAM

Lada hitam pula saya beli yang biji camni ha. Sepeket rm1 saja. Nak pedas beli 2 peket. Halba tu termasuk pula padahal xde pin dalam resepi  tersibuk interframe pula dia. Sebenarnya halba tu nak guna untuk masa pantang jugak nanti. Milkbooster katanya.. memang pernah buat sebelum ni. Kalau air dia masukkan ke dalam air milo memang terbaik.

4. CUCI LADA

Cuci biji-biji lada hitam ni. Sebab kat dalam tu macam-macam mengkeranah hada. Tengok tu saya dah asingkan banyak betul bendasing. Jangan pula pergi ambil terus guna. Sila cuci bersih-bersih ye. Pastu sangai dalam kuali. Bila dah berbau lada tu mean dah masak la tu.. boleh angkatkan letak tepi kasik sejuk.. nanti dah sejuk boleh blend kasik hancur.

5. GORENG IKAN BILIS

Kita mulakan step kita iaitu goreng ikan bilis ni. Letak la minyak ye. Lupa plak nak mention kat atas tu kena guna minyak!  Ada orang suka tumbuk dulu baru goreng. Tapi saya lebih suka goreng dulu baru blend. Guna blender kering tu je. Tapi jangan hancur sangat. Tekan sekali stop tekan lagi stop. Agak-agak  tak hancur sangat. Saya buat half je. Lagi half tu saja tak blend sebab nak rasa keriuk-keriuk masa makan nanti.

6. KISAR HALIA

Lepas goreng ikan bilis tu, ni ha halia yang saya blend tadi. Guna blend biasa je, letak air sikit habuan nak gerakkan halia ni. Pastu perah halia tu, kan ada bekas genggaman kita tu tekan bagi dia bentuk camni. Kira macam leraikan supaya ada ruang udara gitu.

7. GORENG HALIA

8. HALIA SIAP DIGORENG

Ok dah siap goreng. Actually warna dia lebih gelap bila garing pastu nampak urat-urat halia ni. Tapi efek cahaya so nampak mcm pucat la plak.. Takpe nanti kita mekapkan dia. Sila tapis halia ni ye sebab sangat menyerap minyak. Toskan letak tepi. Dah suam-suam kuku jap lagi tu tekan dengan sudu ke senduk ke bagi keluar semua minyak tu.

9. GAULKAN HALIA, LADA DAN IKAN BILIS

Gaul la manja-manja ikan bilis, lada hitam dan halia kita tadi bersama sedikit garam. Jangan banyak ye sebab ikan bilis ni pon sudah masin.

10. SIAP DI DALAM BEKAS

Dah siap gaul manja tu kita simpan la dalam bekas yang bertutup camni ha. Untuk 200g ikan bilis dan 2 ketul halia tadi dapat la banyak ni untuk bekas sos spagheti saiz besar ni ha. Simpan je la dulu nanti dah bersalin baru makan. Kalau suami nampak makesure jangan bagi dia makan. Kang tinggal botol je.

www.facebook.com/groups

* Boleh cuba buat resipi rendang halia ni di rumah ya nanti. Nak buat siap-siap sebelum bersalin pun boleh takut nanti tak sempat pula.

Sumber : UmiSarah AbdulRashid (Masak Apa Hari Ni)

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×