Famili

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut Ketika Cuba Selamatkan Ibu Dari Ditikam & Diangkat Sebagai Hero

5
SHARES

Seorang remaja lelaki, 15 tahun diangkat sebagai ‘wira yang mati berjuang’ untuk keluarganya berikutan cubaan dia menyelamatkan ibunya daripada serangan seorang lelaki menggunakan pisau di kediaman mereka, lapor Metro UK pada Sabtu lalu.

Kejadian yang berlaku di kediaman mereka di Manchester, menyebabkan remaja yang bernama Jakub Szymansk, dirawat di tempat kejadian kerana kesan tikaman sebelum dikejarkan ke hospital, di mana dia meninggal dunia sejam kemudian.

Baca juga: Akibat Tak Siap Kerja Sekolah, Ibu Tergamak Ikat & Jemur Anak Atas Bumbung

REMAJA LELAKI 15 TAHUN MAUT KETIKA CUBA SELAMATKAN IBU DARI DITIKAM & DIANGKAT SEBAGAI HERO

Jakub Szymansk yang maut pada Khamis lalu akibat ditikam di rumahnya. – Metro UK

Difahamkan ibunya, Katarzyna Bastek, juga cedera parah akibat serangan ganas itu tetapi kini berada dalam keadaan stabil di hospital.

Susulan kejadian itu, polis telah menahan seorang lelaki berusia 44 tahun kira-kira 402.3 kilometer (km) dari lokasi kejadian atas tuduhan membunuh.

“Dia merupakan seorang hero. Semua orang di sini mengenali dia kerana sifatnya yang baik dan pandai menghormati. Walaupun dia seorang lelaki pendiam namun, dia merupakan pelindung.

“Dia berjuang untuk keluarganya. Dia seorang yang mengagumkan, seorang wira dan harus diingati,” kata seorang rakan mangsa kepada akhbar Manchester Evening News.

Pegawai polis yang berada di tempat kejadian di Miles Plattin. – Metro UK

Berikutan kejadian itu, Ketua Detektif, Inspektor Alicia Smith berkata, serangan tersebut telah menyebabkan penduduk setempat bersedih kerana ia melibatkan sebuah keluarga.

“Siasatan kini sedang dijalankan dan pihak kami menerima sesiapa saja yang mempunyai maklumat atau yang mungkin menyaksikan sebarang kejadian.” ujar beliau.

Sumber: Metro UK

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×