Famili

Akibat Tak Siap Kerja Sekolah, Ibu Tergamak Ikat & Jemur Anak Atas Bumbung

302
SHARES

Seorang ibu di India menerima kecaman hebat, selepas didakwa menjatuhkan hukuman kejam terhadap anak perempuannya yang berusia lima tahun kerana tidak menyiapkan kerja sekolahnya, lapor Daily Star semalam.

Baca juga: Ibu Bungkus Mayat Anak 6 Bulan Dalam Bekas Makanan

AKIBAT TAK SIAP KERJA SEKOLAH, IBU TERGAMAK IKAT & JEMUR ANAK ATAS BUMBUNG

Kanak-kanak perempuan itu diikat tangan pada belakang badan selain kakinya turut diikat. – DailyStar

Pelajar Kelas 1 itu dilaporkan, diikat dengan tali sebelum ditinggalkan di atas bumbung rumah mereka di bawah panas terik matahari di kawasan Khajuri Khas Delhi, New Delhi.

Berdasarkan video yang dirakam oleh jiran mereka, kelihatan gadis kecil itu meronta-ronta kesakitan akibat tangannya diikat pada belakang badan, selain kakinya turut diikat di buku lali.

Seorang polis berkata, kejadian itu berlaku pada 2 Jun lalu dan ibu kanak-kanak perempuan itu telah mengakui melakukan perbuatan tersebut.

Pada masa yang sama, bapa kanak-kanak perempuan itu menafikan dia turut terlibat dalam insiden itu berikutan, ketika kejadian berlaku dia tiada di rumah untuk membaiki basikalnya. Perbuatan isterinya itu, telah dimaklumkan oleh bapanya sendiri melalui panggilan telefon.

Kelihatan gadis kecil itu meronta-ronta tersiksa akibat diikat dan dijemur di bawah matahari. – DailyStar

“Saya menerima panggilan daripada bapa, bahawa isteri saya telah memberikan hukuman berat kepada anak perempuan kami dan meminta saya segera pulang ke rumah.

“Bapa memberitahu saya, ketika dia pulang ke rumah, dia melihat cucunya sedang diikat dan dijemur pada bahagian atas teres rumah. Lalu, dia membebaskan cucunya.

“Isteri saya menghukum anak kami kerana berasa marah kepadanya. Apabila saya mendengar hal itu, saya terus memarahi dia (isteri),” ujar lelaki berkenaan.

Sementara itu, video berkenaan yang tersebar di laman Twitter telah mendapat pelbagai reaksi daripada penggunanya. Seorang pengguna yang melihat video itu berkata,

“Apabila saya melihat video itu, hati saya hancur.”

Tidak dijelaskan sama ada wanita itu telah ditahan polis atau sebaliknya.

Sumber: Daily Star

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×