Famili

Ibu Bungkus Mayat Anak 6 Bulan Dalam Bekas Makanan

58
SHARES

Penduduk di Kota Makassar, Sulawesi, Indonesia dikejutkan dengan penemuan mayat bayi berusia enam bulan yang dibungkus dalam bekas makanan jenama Tupperware di sebuah bilik asrama, lapor akhbar Utusan Malaysia kelmarin.

Baca juga: Gadis Tekad Masuk Hutan Sarang ‘Si Belang’ & Merenangi Sungai Lubuk Buaya Untuk Berkahwin

IBU BUNGKUS MAYAT ANAK 6 BULAN DALAM BEKAS MAKANAN

Sekadar gambar hiasan.

Melalui laporan berita Kompas.com, pihak polis berusaha menjejaki suspek yang dipercayai sudah meninggalkan Makassar.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Biringkanaya, Nurman Matasa berkata, mayat bayi itu ditemukan oleh seorang pekerja yang sedang mencuci bilik sewa yang dihuni wanita itu sejak tahun lalu.

Bagaimanapun, katanya wanita itu pulang ke kampung halamannya sejak tiga bulan lalu disebabkan ibu bapanya sakit.

“Masa itu, saksi sedang membersihkan bilik tersebut kerana orang lain masuk ke bilik itu.

“Kemudian dia terjumpa kotak kadbod dengan bau sangat busuk. Pekerja itu terkejut apabila mendapati bayi berada di dalam bekas itu,” katanya.

Nurman berkata, pihaknya sedang giat menjalankan siasatan bagi mengenal pasti identiti ibu bayi tersebut.

Sumber: Utusan Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×