Kini Trending

Gadis Tekad Masuk Hutan Sarang ‘Si Belang’ & Merenangi Sungai Lubuk Buaya Untuk Berkahwin

66
SHARES

Seorang wanita dari Bangladesh sanggup meredah hutan yang terkenal dengan populasi harimau sebelum berenang di sepanjang sungai yang dipenuhi buaya selama sejam untuk bertemu dengan cinta hatinya, lapor Daily Star kelmarin.

Baca juga: Bertengkar Dengan Suami, Isteri Campak 6 Anak Dalam Perigi

GADIS TEKAD REDAH HUTAN SARANG ‘SI BELANG’ & MERENANGI SUNGAI LUBUK BUAYA UNTUK BERKAHWIN

Gambar: DailyStar

Krishna Mandal, 22, dilaporkan berkenalan dengan seorang lelaki India, bernama Abhik, melalui Facebook sebelum kedua-duanya jatuh cinta.

Kemudian, pasangan kekasih itu merancang untuk bertemu dan berkahwin tetapi Krishna, tidak mempunyai pasport untuk memasuki negara India secara sah, lapor India Today.

Krishna memutuskan untuk tidak jadikan itu sebagai halangan untuk mereka berkahwin sehinggalah dia merancang untuk cuba memasuki India secara haram.

Gambar: DailyStar

Menurut sumber polis, gadis itu merentasi kawasan berbahaya iaitu hutan paya Sundarbans yang telah menyaksikan banyak kes kematian akibat serangan harimau.

Lalu bersama azam yang kuat, dia berenang selama sejam di sungai Matla yang juga merupakan kawasan berbahaya iaitu sebagai lubuk buaya.

Sungguh mengagumkan, Krishna berada dalam keadaan selamat dan masih hidup walaupun menghadapi pelbagai ‘rintangan’. Maka, pada hari Sabtu (28 Mei), mereka selamat disatukan di Kuil Kalighat di Kolkata.

Namun, apakan daya cita-cita untuk hidup bersama suaminya hanya ‘singgah’ sementara. Berikutan, kisah perjalanan epik Krishna telah tersebar di seluruh 24 Parganas, Selatan Bengal sehingga berita itu sampai ke pengetahuan polis tempatan.

Dua hari selepas berkahwin (30 Mei), gadis itu ditahan atas dakwaan memasuki India secara haram.

Sumber: Daily Star

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×