Kini Trending

Bertengkar Dengan Suami, Isteri Campak 6 Anak Dalam Perigi

2
SHARES

Polis di India telah menemui enam kanak-kanak mati lemas di dalam perigi selepas dicampak oleh ibu mereka ketika bertengkar dengan suaminya, lapor Kosmo Online, semalam.

Baca juga: Demi Keselamatan Anak Perempuan, Seorang Ibu ‘Menyamar’ Jadi Lelaki Selama 36 Tahun

BERTENGKAR DENGAN SUAMI, ISTERI CAMPAK 6 ANAK DALAM PERIGI

Gambar: Penduduk tempatan dirakam cuba menarik enam kanak-kanak yang mati lemas di dalam perigi. – NDTV/KosmoOnline.

Gambar kejadian menunjukkan penduduk tempatan berusaha menarik mangsa keluar dari air seperti dilaporkan oleh akhbar The Sun, pada Selasa kelmarin.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di daerah Raigad, negeri Maharashtra apabila keenam-enam kanak-kanak tersebut ditemui sudah meninggal dunia sebelum penduduk tempatan sempat menarik mereka keluar.

Dalam kejadian pada Isnin lalu, Runa Chikhuri Sahni, 30, didakwa telah mencampak mereka sebelum cuba melompat ke dalam perigi, lapor stesen televisyen NDTV.

Bagaimanapun, dia telah diselamatkan tepat pada masanya.

Lima kanak-kanak perempuan dan seorang lelaki berusia antara 18 bulan hingga 10 tahun sudah meninggal dunia ketika ditemui, kata polis.

Suspek kemudian ditahan atas tuduhan membunuh, kata pegawai kanan polis, Ashok Dudhe.

Sumber: Kosmo Online

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×