Kini Trending

Remaja Jumpa Peti Besi Berusia 22 Tahun Dalam Sungai, Penuh Berisi Duit!

11
SHARES

Seorang remaja dan bapanya dilaporkan menemui sebuah peti besi yang mengandungi wang ribuan dolar di sebuah sungai iaitu Sungai Witham di Grantham, Lincolnshire. George Tindale, 15, telah melakukan aktiviti ‘magnet fishing’ menggunakan magnet kuat di Sungai Witham bersama bapanya Kevin berusia 52 tahun.

Baca juga: [VIDEO] Pelajar Tercekik Penutup Botol, Guru Jadi Hero Dengan Guna Teknik ‘Heimlich Maneuver’

REMAJA JUMPA PETI BESI BERUSIA 22 TAHUN DALAM SUNGAI

Memerik laporan Daily Mail UK, mereka terperanjat apabila peti besi yang ditemui itu berisi wang bernilai sebanyak 2,500 dolar (RM7,836) di dalamnya.

Bukan wang sahaja yang ada di dalam peti besi tetapi turut mengandungi sijil senapang patah dan kad bank yang tamat tempoh pada 2004.

Ini membolehkan mereka untuk menjejaki pemilik asal dan ternyata peti besi itu telah dicuri daripada ahli perniagaan, Rob Everett pada tahun 2000 semasa pecah rumah di pejabatnya.

Selepas menghubungi Rob untuk menjelaskan penemuan menakjubkan itu, mereka terus melawat lelaki tersebut di perniagaannya yang terletak di Grantham untuk memulangkan harta yang ditemui oleh mereka.

“Ia sungguh menakjubkan, kami mengeluarkan peti besi ini dan ada banyak wang di dalamnya. Menurut Rob, jika saya mahukan pengalaman bekerja selepas tamat persekolahan, tawaran sentiasa terbuka,” kata George.

Sementara itu, Rob berkata peti besi itu dicuri dari pejabatnya sebelum ini oleh seorang remaja.

“Saya kagum mereka dapat menjejaki saya dan tersentuh kerana masih ada orang yang sangat baik di dunia ini. Mereka memulangkan barangan kepada pemilik yang sah dan saya fikir itu bersifat kemanusiaan,” tambahnya lagi.

Sumber: Daily Mail UK

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×