Hebahan

Rebut Tiket Penerbangan AirAsia Serendah RM1 Di BIG Fest Quill City Mall KL, Serius Berbaloi!

8.4K
SHARES

Dah nak hujung tahun ni, takkan tak mahu bawa keluarga pergi bercuti kan? Bagus juga kalau dapat melancong ke luar negara bersama keluarga. Sambil berseronok, boleh eratkan juga silahturahim. Betul, betul, betul. ?

Banyak duit nak pakai bila nak melancong. Maklumlah, kena beli tiket penerbangan, penginapan, makan minum dan sebagainya. Jangan risau! Di sini, kami bongkarkan cara untuk dapatkan tiket penerbangan AirAsia serendah RM1! Meh tengok caranya.. ?

Datang ke Quill City Mall KL, raikan Big Fest bersama AirAsia BIG Loyalty

Perhatian pelanggan tetap AirAsia! Mereka akan mengadakan event menarik untuk diraikan bersama 20 juta ahli AirAsia BIG iaitu BIG Fest! Ia diadakan pada 14 hingga 17 September 2018, jam 10 pagi hingga 10 malam di Quill City Mall KL.

Buat reminder di kalendar okay. Sebab banyak peluang menarik yang anda kena ambil sewaktu BIG Fest diadakan. Kalau tak datang memang rugi. ?

Dapatkan tiket penerbangan AirAsia serendah RM1 ke destinasi menarik

Wow! Tak sangka boleh dapat tiket penerbangan AirAsia ke destinasi menarik dengan harga serendah RM1 (tambang asas sahaja). Anda kena beratur sewaktu BIG Fest diadakan, bermula jam 12 tengah hari pada 14 September 2018 dan jam 10 pagi pada 15 hingga 17 September 2018. Tiket ni terhad kepada 100 orang terawal. Datang awal kalau tak nak terlepas.

Peluang Menang Huawei Nova 3i dengan main teng-teng terbesar di Malaysia

Siapa kat sini suka main teng-teng waktu kanak-kanak dulu? Kali ni di BIG Fest, anda boleh main teng-teng terbesar di Malaysia dan memenangi Mata Ganjaran BIG tau. Nak buat apa dengan Mata Ganjaran BIG ni? Anda boleh tebus tiket penerbangan AirAsia secara percuma dengannya!

Lagi seronok, peserta harian yang memperoleh Mata Ganjaran BIG tertinggi daripada permainan ni akan memenangi smartphone Huawei Nova 3i. Seriuslah dengan main teng-teng sahaja boleh menang smartphone? Hebatnya! ?

Dapatkan barangan menarik daripada jatuhan belon

Suka dengan belon? Lagi suka kalau dapat hadiah dalam belon tu. Sepanjang BIG Fest, ada jatuhan belon ketika happy hour dan anda berpeluang menang barangan menarik! Jatuhan dibuat pada jam 2.30 petang dan 8 malam. Standby kat bawah untuk dapatkan belon anda!

Pencarian Krew Kabin AirAsia. Anda Mungkin Orangnya!

BIG Fest turut mengadakan Carian Bakat Krew Kabin pada 16 September 2018. Lima pemenang teratas akan memenangi 40,000 Mata Ganjaran BIG setiap seorang. Anda juga akan ditemubual untuk menjadi salah seorang krew kabin AirAsia! Manalah tahu rezeki untuk anda yang masih belum bekerja, kenalah cuba.

Pergi semua booth, kumpul cop untuk dapatkan baucar istimewa

Biasanya event macam BIG Fest ni mesti banyak booth dibuka. Barulah meriah. Kami galakkan anda pergi ke booth partner seperti Citibank, Aforadio, Quill Residences, Santan, Rokki, Travel 360, OurShop, Tune Protect, Tune Talk, Vidi, Samsung, Rakuten Trade, Petron, Bello & Bella dan Bunk & Bilik untuk kumpul cop, sebab boleh dapat baucar Quill City Mall KL sehingga RM30 tau. Shopping puas-puaslah macam ni.

Banyak hadiah menarik, tiket untuk tengok Yoona LIVE di Singapura pun ada!

Banyak sebenarnya hadiah yang boleh anda menangi sepanjang BIG Fest diadakan. Antara hadiah menarik tersebut ialah:

  • Mata Ganjaran BIG
  • Baucar beli-belah Zalora
  • Penginapan hotel di Padi Box dan Amari Johor Bahru
  • Hamper Aveda
  • Tiket untuk tengok Yoona LIVE di Singapura

dan banyak lagi! Kalau nak tahu hadiah apa lagi, kenalah datang sewaktu BIG Fest diadakan di Quill City Mall KL okay?

Selain itu, banyak penampilan istimewa dibuat sepanjang BIG Fest diadakan. Anda sekeluarga pasti teruja kalau dapat tahu siapa yang akan datang. Wee.. ?

Penampilan istimewa Didi & Friends, anak-anak mesti suka!

Tipu kalau kanak-kanak tak sukakan Didi & Friends. Semua mesti gembira kalau nampak mereka. Nak pergi Quill City Mall KL tu, jangan lupa bawa anak-anak sekali. Ada penampilan istimewa Didi & Friends sewaktu BIG Fest diadakan. Mesti anak-anak suka. Hora horey!

Adam C daripada Hitz FM sebagai pengacara untuk hiburkan anda

Siapa tak kenal Adam C, jejaka penyampai radio Hitz FM yang segak ni? Kalau nak tahu, Adam C akan datang sebagai pengacara untuk menghiburkan anda pada 15 dan 16 September 2018, jam 12 tengah hari hingga 2 petang. Dia sangat sempoi, pasti anda terhibur dengannya!

Persembahan hebat ahli rap 16 Baris, sesi Meet & Greet pun ada

BIG Fest menjadi lebih meriah dengan kehadiran ahli-ahli rap 16 Baris dan buat persembahan hebat mereka di Quill City Mall KL. Untuk pengetahuan anda, 16 Baris merupakan showcase yang dicipta oleh ikon rap Malaysia, iaitu Joe Flizzow. Mereka juga mengadakan sesi Meet & Greet untuk anda. Syoknya!

Selain banyak hadiah menarik, penampilan istimewa sewaktu BIG Fest diadakan pun tak kurang hebatnya. Benda yang paling menarik perhatian kami adalah tiket penerbangan AirAsia serendah RM1 dan jatuhan belon tu. Tak sabar pula nak meriahkan BIG Fest di Quill City Mall KL.

Kalau ada yang terlupa tu, sini kami ingatkan. BIG Fest akan diadakan pada 14 hingga 17 September 2018, jam 10 pagi hingga 10 malam, di Quill City Mall KL. Jangan lupa ajak keluarga dan kawan-kawan anda ya. ?

Untuk info lebih lanjut, anda boleh like dan follow Facebook Page Quill City Mall Kuala Lumpur dan ketahui perkembangan terkini mereka. Jom meriahkan BIG Fest di Quill City Mall KL beramai-ramai dan tebus tiket penerbangan anda! Tak sabarnya nak travel

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×