Sihat

Hidung Tiba-Tiba Berdarah, Ini Cara Efektif Untuk Hentikan Pendarahan Dengan Cepat

347
SHARES

Hidung berdarah secara tiba-tiba boleh mengakibatkan panik lebih-lebih lagi apabila berlaku pada kanak-kanak. Walau bagaimanapun pendarahan dari hidung ini boleh terjadi pada sesiapa tanpa mengira peringkat umur. Jadi, ini langkah yang patut anda lakukan jika hidung tiba tiba berdarah supaya dapat hentikan pendarahan dengan cepat.

DARAH KELUAR DARI HIDUNG

Pagi ni, tiba-tiba saja hidung berdarah. Panik juga sebab biasanya budak-budak saja yang selalu berlaku hidung berdarah. Bila dibasuh, darah makin banyak keluar dari hidung. Kemudian, saya ambil tisu dan baring. Konon nak hentikan darah.

10 LANGKAH BOLEH DILAKUKAN

Disebabkan lama berbaring, saya cari informasi tentang hidung berdarah. Rupanya ada 10 langkah yang boleh kita lakukan bila hidung berdarah. Berikut adalah langkah yang dikongsikan Dr Ezairy M.Sallih:

1.Bertenang. Elak lakukan tindakan terburu-buru. Cuba cari bantuan orang sekeliling. Ingat pesanan saya seterusnya selepas ini.

2.Tunduk. Ini langkah pertama MESTI dibuat. Saya ulang, jangan dongakkan kepala ke atas. Darah yang keluar akan terus mengalir ke bahagian belakang hidung dan berisiko masuk ke paru-paru. Ini lebih bahaya.

3.Picit bahagian luar hidung anda. Tekan dan compress selama 15-20 minit. Jangan hentikan. Jika tak ada sebarang kain disekitar anda, lakukan dengan menggunakan Ibu jari dan jari telunjuk anda.

BERNAFAS MELALUI MULUT

4.Ulang kembali langkah nombor tiga sekiranya pendarahan sudah mulai perlahan. Ketika ini anda hanya perlu bernafas melalui mulut.

5.Letakkan ais di bahagian dahi. Ini bagi membantu pendarahan daripada hidung untuk dikawal. Cuba dapatkan bantuan daripada orang sekeliling.

6.Sekiranya pendarahan masih aktif dan tidak ada tanda-tanda ia akan berhenti. Kekalkan posisi ini dan segera menuju ke hospital terdekat. Nasihat saya, terus ke unit kecemasan di hospital. Bantuan kecemasan yang perlu akan dilakukan.

7.Apa doktor akan lakukan di hospital? Di hospital, doktor akan memeriksa keadaan klinikal pesakit. Pesakit akan dipastikan di dalam keadaan stabil.

JANGAN MASUKKAN APA-APA OBJEK KE DALAM HIDUNG

8.Pendarahan dari hidung akan dihentikan dengan beberapa cara di dalam keadaan kecemasan. Kami boleh melakukan ‘anterior nasal packing’ atau ‘posterior nasal packing’ bergantung kepada lokasi pendarahan.

9.Kebiasaannya pendarahan akan berhenti selepas prosedur ini dilakukan. Kemudian doktor akan memeriksa keadaan pesakit. ‘Nasal packing’ ini akan dibuang selepas 24 ke 48 jam bergantung pemeriksaan klinikal.

10.Jangan cuba-cuba masukkan apa-apa objek ke dalam hidung. Jangan masukkan air ke dalam hidung. Ini hanya akan menyebabkan pendarahan tidak akan berhenti. Lakukan langkah di atas dan terus bawa ke hospital.

Sumber: Harfiz Hamzah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×