Didik

Rangsang Kreativiti Si Manja Menggunakan ‘Water Colour’ Dan Penyepit Baju. Menarik!

623
reads

Anak-anak yang bijak dan berbakat memang menjadi idaman bagi semua ibubapa. Namun, ibubapa perlu juga tahu bagaimana untuk merangsang bakat dan minda anak-anak kita sendiri. Mungkin ramai yang buntu apakah aktiviti yang sesuai selain dari flashcard yang ramai telah gunapakai untuk mendidik anak kan? Haa, apa kata anda cuba untuk merangsang kreativiti anak dengan menggunakan water colour! Mesti menarik!

www.youtube.com

MAIN WATER COLOUR DENGAN ANAK!

Akhirnya dapat jugak zaty buat aktiviti main water color ni dengan fayyadh petang semalam. Cuma untuk aktiviti kali ni, zaty buat kelainan sikit. Kita guna cotton ball dengan penyepit baju. Zaty pakai penyepit baju tu sebab nak rangsang motor halus (fine motor skill) fayyadh. Nak bagi jari-jemari dia kuat dan cekap pegang benda-benda kecil guna tangan dan jari.

artfulparent.com

Kalau anak ada masalah untuk pegang pensel, kita banyakkan latihan atau aktiviti untuk rangsang motor halus dia. InshaaAllah menjadi. Galakkan anak-anak main lukis-lukis, warna-warna macam ni. Supaya kita boleh biarkan dia lontarkan kreativiti yang ada dan rangsang daya imaginasi dia. Biarkan dia main, lukis, main, lukis sampai puas hati. Bahan-bahan dan cara buat rujuk pada gambar ya.

Barang-barang ni semua zaty beli kat kedai D.I.Y tu je. Total up tak sampai 10 hinggit pun. Untung sebab boleh pakai banyak kali, buat aktiviti ni berulang kali.

BAHAN-BAHAN

1) Kertas lukisan
2) water color
3) Penyepit baju jenis kayu
4) cotton ball
5) bekas nak bubuh water color

www.facebook.com/ezzatyhusni

LANGKAH 1

Sepitkan cotton ball dengan penyepit kayu. Ready siap-siap warna air yang kita nak pakai tu.

LANGKAH 2

Tengok….ummi ambik gambar pun dia dah tak perasan. Ralit sangat dok tepek-tepek warna atas kertas. Meja tu zaty alas dengan kertas mahjung sekali. Sebab tau dah, mesti terover warna sampai luar drawing block dia sapu berkali-kali.

www.facebook.com/ezzatyhusni

HASILNYA!

Tadaaa… kreatif dak depa ni? Seronok fayyadh main warna-warna. Nanti ibu try buat kat anak ye. Jangan lupa join sekali. Memang syokkk!

*Untuk pengetahuan anda, inilah salah satunya cara untuk merangsang kreativiti anak-anak. Bukan sahaja anak akan terbiasa dengan aktiviti sebegini, malah mereka juga akan dapat mengembangkan bakat dan ‘merungkai’ minat tersendiri!

Sumber: Ezzaty Suffian

Yang Popular

To Top