Famili

Rancang Keluarga? Pakar Kongsi Lelaki Pun Boleh Merancang Guna Kaedah Vasektomi

“Merancang keluarga” bukanlah hanya tugas isteri sahaja.

Menurut Portal MyHealth (Kementerian Kesihatan Malaysia), merancang keluarga bermaksud menentukan bilakah masa yang sesuai untuk mempunyai anak, jarak kehamilan dan berapakah bilangan yang diingini oleh pasangan itu.

APA ITU VASEKTOMI?

Vasektomi ialah pembedahan kecil yang dilakukan kepada lelaki. Prosedur vasektomi dilakukan dengan memotong/mengikat/menutup saluran yang dilalui sperma, iaitu vas deferens.

Baca juga : Pakar Kongsi Prosedur IVF Hospital Kerajaan Dan Swasta

KAEDAH RINGKAS YANG BERKESAN

Vasektomi kurang popular di Malaysia kerana ianya kaedah kontrasepsif yang kekal.

Menurut Dr Suriati Akmal Mahari, Konsultan Obstretrik & Ginekologi KPJ Rawang, kaedah vasektomi lebih mudah dan boleh dilakukan di klinik dengan hanya bius setempat. Tidak seperti kaedah ikat bagi wanita (ikat tiub fallopian), yang memerlukan prosedur penuh dilakukan di dewan bedah.

Keberkesanan vasektomi hampir sama seperti kaedah ikat bagi wanita. Vasektomi menghalang sperma menjangkaui air mani. Kesannya, telur wanita tidak dapat disenyawakan kerana ketiadaan sperma dalam air mani.

Tonton video penuh “Merancang Keluarga” hanya di Youtube Sirap Limau Official.

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×