Pra-Hamil

Pakar Kongsi Prosedur IVF Hospital Kerajaan Dan Swasta

4.3K
SHARES

IVF ataupun persenyawaan In Vitro bukan lagi rawatan kesuburan yang asing di Malaysia. Ia merupakan teknologi reproduktif bagi membantu pasangan yang mempunyai masalah kesuburan. Rawatan IVF disyorkan kepada wanita yang sudah berkahwin tetapi masih belum hamil, dan perlu mengambil kira status kesuburan kedua-dua pasangan.

Kesedaran IVF Dulu dan Sekarang 

Bercakap mengenai kesedaran awam tentang IVF, Dr Maiza Tusimin, Pakar Perunding Reproduktif, Perbidanan & Sakit Puan berkata kesedaran orang ramai telah berubah jika dibandingkan 10 tahun dahulu. Jika dahulu pasangan suami isteri berasa malu dan saling menyalahkan diri kerana mengalami masalah kesuburan. Topik kesuburan juga jarang dibincangkan dengan orang luar.

Tetapi kini, ia telah berubah kerana ramai selebriti dengan sukarela berkongsi pengalaman mereka melakukan rawatan kesuburan IVF. Bahkan DYMM Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah juga telah berbesar hati berkongsi kisah baginda mempunyai 4 orang anak hasil dari persenyawaan IVF. Tunku Permaisuri Agong dikurniakan cahaya mata IVF iaitu Tengku Hassanal Ibrahim, Tengku Muhammad Iskandar, Tengku Ahmad Ismail dan Tengku Puteri Afzan.

Baca juga : Rancang Keluarga? Pakar Kongsi Lelaki Pun Boleh Merancang Guna Kaedah Vasektomi

Usah Tangguh, Jumpa Pakar Jika Masih Belum Berjaya Hamil

Pasangan suami isteri perlu berjumpa pakar untuk pemeriksaan dan ujian kesuburan apabila masih belum berjaya hamil. Antara indikasi yang memerlukan anda mendapat pemeriksaan pakar ialah:

  • Setahun mencuba untuk hamil bagi wanita berusia kurang dari 35 tahun
  • 6 bulan mencuba untuk hamil bagi wanita berusia 35 -39 tahun
  • Bagi wanita berusia 40 tahun dan baru berkahwin, jumpa doktor secepat mungkin. Rizab telur wanita merudum dengan mendadak apabila berumur 40 tahun ke atas.

Bagi wanita yang telah didiagnos dengan penyakit seperti PCOS (Polycystic Ovarian Syndrome) atau Endometriosis sebelum berkahwin. Usah tunggu lama, dapatkan konsultasi kesuburan setelah berkahwin.

Perbezaan Prosedur IVF Hospital Kerajaan dan Hospital Swasta 

Menurut Dr Maiza, perkhidmatan IVF di hospital kerajaan terhad. Prosedur IVF di hospital kerajaan memakan kos yang minimun, sekitar RM3000 – RM5000 untuk satu kitaran IVF. Prosedur untuk memulakan rawatan IVF boleh dimulakan dengan mendapat surat rujukan dari klinik kesihatan sebelum diberi temujanji pertama di hospital kerajaan. Pelbagai ujian dan analisis akan dilakukan untuk menentukan status kesihatan dan kesuburan.

Antara hospital kerajaan yang menawarkan perkhidmatan IVF ialah Hospital Kuala Lumpur, Hospital Sultanah Bahiyah (Kedah), Hospital Sultanah Nur Zahirah (Terengganu) dan Hospital Wanita & Kanak-Kanah Likas (Sabah).

Baca juga : Jangan Pandang Remeh, “Burnout” Dengan Kerja Boleh Undang Kemurungan!

Antara prasyarat rawatan IVF di hospital kerajaan ialah :

  • Salah seorang pasangan ialah warganegara Malaysia
  • Berkahwin
  • Bebas dari HIV dan Hepatitis
  • Isteri berusia 20 – 42 tahun
  • BMI isteri bawah 30kg/m2
  • Tidak pernah hamil & memiliki anak
  • Sihat dan tiada masalah kesihatan serius
  • Rizab ovari yang normal
  • Tidak merokok, mengambil dadah dan ubatan tradisional

Manakala, di hospital swasta pula, kos bermula dari RM10,000 dan boleh mencecah sehingga RM30,000 untuk satu kitaran IVF. Ujian dan analisis IVF boleh dimulakan selepas bersetuju untuk memulakan rawatan kesuburan.

Ibu Boleh Hamil Normal Selepas IVF

Dr Maiza menerangkan bahawa ibu yang ingin hamil secara normal selepas IVF adalah bergantung kepada faktor kesuburan mereka.

“Jika kedua-dua tiub fallopio tersumbat, tidak mungkin akan berlaku persenyawaan secara natural, kerana tiub ini adalah jambatan untuk sperma bertemu ovum. Tetapi bagi wanita yang tiada masalah tiub fallopio tersumbat dan keadaan rahim baik, masalah wanita tersebut adalah unexplained infertility dan mereka berupaya untuk hamil secara normal selepas IVF”.

Semoga pasangan suami isteri yang sedang berusaha untuk memilik zuriat  berjaya dalam impian masing-masing. Jangan berputus asa meminta doa kepada Allah S.W.T. Nabi Zakaria tidak pernah berputus asa sehingga akhirnya dikurniakan zuriat, sepertimana juga Nabi Ibrahim tidak putus berdia sehingga Allah kurniakan Nabi Ismail dalam kehidupannya.

Tonton video di platform Youtube Sirap Limau untuk kandungan lebih lanjut berkenaan IVF.

Sumber :

Dr Maiza Tusimin – dr.mai on Instagram: “🦋 Dr.Mai Jawab: Q92 #1 Hospital Kerajaan yang menawarkan perkhidmatan IVF: • Women & Child Hospital, Kuala Lumpur • Hospital Sultanah Nur…”

MyHealth – In Vitro Fertilisation (IVF) – PORTAL MyHEALTH

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×