Cuti persekolahan sememangnya saat yang paling dinanti anak-anak. Mana taknya, ada banyak aktiviti menarik yang mungkin dah disusun rapi oleh ibu bapa. Tapi, bagaimana pula dengan kanak-kanak yang kurang bernasib baik di rumah kebajikan?
Cuba bayangkan kalau anak anda berada di tempat mereka. Sebak kan? Di kesempatan ini, Quill City Mall KL meraikan anak-anak yang kurang bernasib baik. Apa agaknya ya?
Kanak-kanak rumah kebajikan berseronok di Quill City Mall KL sempena Quill Christmas Times
Sempena musim perayaan Krismas, Quill City Mall KL tengah meriah dengan Quill Christmas Times yang diadakan bermula 22 November 2018 hingga 1 Januari 2019.
Pada 15 Disember 2018, seramai 80 orang kanak-kanak dari rumah kebajikan dijemput untuk datang dan bergembira di Quill Christmas Times. Quill City Mall KL sangat prihatin untuk meraikan anak-anak ini.
Dato’ Ar. Michael Ong, Pengarah Eksekutif dari Kumpulan Syarikat Quill turut memberikan goodie bags kepada mereka. Terpancar keriangan di wajah kanak-kanak dari Tiratana Welfare Society dan Ritta Home ini.
Kalau nak tahu, Quill Christmas Times di Quill City Mall KL dijadikan sebagai inisiatif salah satu tanggungjawab sosial korporat. Tujuan utama mereka adalah menderma sebanyak mungkin kepada masyarakat. Bagusnya!
Dekorasi yang memukau sempena Quill Christmas Times
Kalau pergi ke Quill City Mall KL, anda akan terpukau dengan dekorasi Krismas di sini. Sempena Quill Christmas Times, Main Atrium ditatarias mengikut tema musim perayaan. Semuanya cantik!
Elemen Krismas seperti Santa Claus, Christmas Tree, Snowman, Christmas Present Box, Christmas Bells dan lain-lain dijadikan dekorasi utama. Paling menarik, ada pokok Krismas setinggi 50 kaki yang dihiasi dengan lampu yang cantik. Fuh!
Paling best, anda boleh rasai pengalaman dalam Magical Infinity Room, Christmas Treats, Times Travel Train dan banyak lagi di Quill City Mall KL. Tengok depan mata, baru puas hati. Boleh tangkap banyak gambar.
Selain itu, banyak booth dibuka seperti Dunkin Donuts, Bean Art, Photobook Worldwide, Borders, dan lain-lain. Quill City Mall KL juga ada kedai baru iaitu AEON MaxValu Prime, Ashley Furniture Homestore, Watsons, Refash dan mini Kidzania.
Kanak-kanak dari rumah kebajikan pun terkesima bila lihat dekorasi yang ada. Anda pula macam mana? Bukan itu saja okay. Anak-anak ini juga dibawa ke tingkat 5 Quill City Mall KL. Cuba teka ada apa kat situ?
Our Sanrio Times, pameran Hello Kitty terbesar di Malaysia
Anda tahu tak pasal ni? Ada pameran Hello Kitty terbesar di Malaysia iaitu Our Sanrio Times! Pameran ini di Dewan 5, Tingkat 5, Quill City Mall KL dan dibuka bermula 24 November 2018 hingga 6 Januari 2019 dari jam 11 pagi hingga 9 malam setiap hari.
Pameran sebesar 1,500 meter persegi ini mempunyai 13 zon bertemakan Sanrio. Kanak-kanak dari rumah kebajikan ini sangat seronok bila dibawa ke pameran Our Sanrio Times ni. Orang dewasa pun suka, inikan pula kanak-kanak!
Untuk pengetahuan anda, tiket masuk ke pameran Our Sanrio Times berharga RM33 (warganegara), RM20 (warga emas & OKU) dan RM60 (bukan warganegara). Untuk kanak-kanak, hanya yang berketinggian 90 cm ke atas saja boleh masuk ya. Ingat tu.
Selepas habis meneroka pameran Our Sanrio Times, kanak-kanak ini dibawa untuk menjamu selera di Roast & Grill. Sukanya mereka dapat makan makanan yang sedap. Quill City Mall KL memang terkenal sebagai syurga makanan di KL. Fuh!
Kalau anda nak tahu, ada contest menarik untuk anda sertai sempena Quill Christmas Times. Jom tengok contest apa yang ada..
Contest Quill BIG Giveaway, boleh menang hadiah tiket penerbangan!
Dengan kerjasama AirAsia BIG Loyalty, anda patut sertai contest Quill BIG Giveaway dengan pembelian minimum RM50 dalam satu resit di mana-mana outlet Quill City Mall KL. Ada peluang untuk menang dua tiket penerbangan ke Osaka, Bali atau Pattaya tau. Cubalah!
Contest ini berlangsung sepanjang Quill Christmas Times bermula 22 November 2018 hingga 1 Januari 2019. Anda juga dapat menebus 3X BIG Points dan diskaun tambahan 50%. Ahli BIG boleh tukarkan point kepada tiket penerbangan serendah 500 BIG Points AirAsia.
Banyak lagi benda yang anda boleh tebus di Quill City Mall KL sempena Quill Christmas Times. Antaranya:
- Berbelanja RM30 dan ke atas untuk menebus Baucar Tunai RM5.
- Berbelanja RM50 dan ke atas untuk menebus pass Quill Christmas Treats dan Times Travel Train dalam satu pusingan.
- Berbelanja RM120 dan ke atas untuk menebus Hadiah Misteri.
*Tertakluk pada terma dan syarat. Sementara stok masih ada.
Photo Contest Quill Christmas Times, jom tangkap gambar yang paling kreatif!
Tak cukup? Haa, jom sertai photo contest Quill Christmas Times ni. Ikut langkah kat bawah. Senang saja.
- Tangkap gambar atau selfie dengan dekorasi Quill Christmas Times.
- Cetak foto melalui Boft Photo Printing Machine di Main Atrium, Ground Floor.
- Tangkap gambar yang dicetak dan muat naik gambar ke akaun Instagram anda.
- Hashtag #BoftxQCMKL #QuillChristmasTimes2018
- Tag Instagram Page “Boft” dan “Quill City Mall KL“
- Pastikan akaun Instagram anda disetkan ke public.
5 pemenang dengan gambar paling kreatif akan memenangi Baucar Tunai Quill City Mall KL bernilai RM300.
*Tertakluk pada terma dan syarat.
Sekarang memang waktu yang tepat untuk bawa anak-anak ke Quill City Mall KL. Lebih-lebih lagi, pameran Our Sanrio Times yang memang berbaloi kalau pergi dengan keluarga. Memang menyeronokkan!
Ramai yang tak nak lepaskan peluang untuk masuk ke pameran Our Sanrio Times di Quill City Mall KL ni. Patutlah meriah. Bukan senang Sanrio nak datang Malaysia. Anda bila lagi nak pergi?
Untuk info lebih lanjut, boleh layari ke laman web Quill City Mall KL dan like Facebook Page Quill City Mall KL kat bawah ni.
Jadi, apa tunggu lagi? Jom beramai-ramai ke Quill City Mall KL. Lagi ramai, lagi meriah. Yay!