40 Minggu

6 Penyebab Sakit Punggung & Tulang Ekor Ketika Mengandung

“Aduh, rasa sakit semacam je punggung aku sejak dah mengandung ni. Sebelum ni tak pernah pula rasa macam ni. Apa nak buat ye?”

Sememangnya ada begitu banyak perubahan fizikal yang sedang berlaku dalam tubuh ibu mengandung bagi mempersiapkan kelahiran bayi tak lama lagi.

Selain sakit-sakit biasa seperti sakit kaki, sakit belakang, atau sakit badan, sesetengah ibu akan mengalami rasa kurang selesa atau sakit di bahagian punggung yang juga orang panggil ‘tulang ekor’. Rasa sakit ini mungkin akan bertambah kuat atau berdenyut-denyut apabila ibu duduk buat masa yang lama.

6 Penyebab Sakit Punggung & Tulang Ekor Ketika Mengandung

1. Beban Pada Saraf Punggung

Sakit di bahagian punggung ini mungkin disebabkan oleh tekanan berat serta cecair dalam badan yang bertambah pada saraf sciatica yang bermula di bahagian belakang badan dan turun ke kaki melalui punggung.

Kebanyakan wanita akan berasa sakit hanya pada sebelah bahagian punggung, terutamanya apabila kehamilan mula mencecah trimester ketiga.

 

2. Perubahan Hormon

Ketika hamil, tubuh ibu akan mengalami banyak perubahan hormone dan salah satu yang terlibat adalah hormon relaksin. Hormon relaksin ini berfungsi melenturkan ligamen bagi memudahkan proses kelahiran.

Kesan akibat pelenturan otot ini, tulang punggung atau pelvis ibu akan meregang hingga kadangkala menyebabkan tulang ekor turut sama bergerak dan terasa sakit.

Keguguran kandungan

Foto Kredit: Screengrab dari YouTube

3. Rahim Yang Semakin Mengembang

Tulang ekor merupakan sendi yang paling bawah dari tulang belakang. Ia terletak betul-betul di belakang rahim.

Dalam trimester ketiga juga, saiz rahim akan semakin mengembang serta bertambah besar hingga menyebabkan ia menekan bahagian tulang ekor hingga menimbulkan rasa sakit atau kurang selesa.

4. Postur Tubuh Berubah

Apabila rahim dan payudara wanita semakin membesar, postur tubuh mungkin akan berubah secara tidak anda sedari.

Apabila anda sering membongkok, otot di bahagian punggung dan pelvik akan meregang hingga menimbulkan rasa sakit pada saraf di bahagian punggung.

sakit punggung ketika hamil

Foto Kredit

5. Posisi Tubuh Bayi

Menjelang kelahiran juga, bayi akan berpusing dan kepalanya akan terletak di bahagian bawah bagi memudahkan proses bersalin normal. Ketika ini, kepalanya mungkin akan terletak betul-betul di atas saraf tulang ekor hingga menimbulkan rasa nyeri pada punggung.

sakit punggung ketika hamil

Foto Kredit: opregnancy.com

6. Sembelit

Sembelit adalah antara masalah yang biasa dialami oleh ibu mengandung. Kesulitan membuang air besar juga boleh menjadi antara punca rasa sakit pada punggung.

masalah faraj berbau

Foto Kredit: healthewomen.co.uk

Bagaimana Mengatasinya?

Penggunaan ubat tahan sakit biasanya hanya akan meredakan rasa sakit punggung dan tulang ekor ini buat sementara waktu. Namun ada beberapa langkah yang boleh anda usahakan untuk mengurangkan rasa sakit tersebut.

Antaranya:

  • Membetulkan Postur – Iaitu ketika duduk, berdiri, berjalan dan juga ketika tidur. Postur yang baik dapat meredakan rasa sakit serta mengimbangkan tekanan agar tersebar pada seluruh bahagian tubuh.
  • Membuat Senaman Regangan – Boleh rujuk beberapa gerakan / pose seperti ‘cat-cow pose’, ‘standing cat-cow pose’, ‘downward facing dog pose’, ‘bridge pose’, atau ‘child pose’. Gerakan ini dapat memberi kelegaan jika selalu diamalkan.
  • Urutan – Ambil masa untuk berehat dan urutkan bahagian yang sakit dengan sedikit minyak urut / balm. Boleh minta pasangan urutkan juga.
  • Kompres – Gunakan kompres panas atau sejuk mengikut keselesaan anda. Kompreskan selama 15-20 minit bagi melegakan rasa nyeri.
  • Menggunakan ‘Maternity Belt’ – Sokongan daripada maternity belt dapat membantu ibu hamil mendapatkan postur yang lebih optimum dan sekaligus mengurangkan rasa sakit pada punggung dan tekanan pada tulang ekor.
  • Pilih Kasut Yang Sesuai – Pakailah ‘flat shoes’ yang paling selesa dan elakkan memakai kasut bertumit apabila keluar. Seeloknya pakai juga selipar yang lembut dan selesa ketika berada di dalam rumah. Sedikit sebanyak ia dapat menyerap tekanan daripada tubuh semasa berdiri dan membuat kerja rumah apabila kandungan semakin membesar.

Foto Kredir=t: fusionwellness.com

Rujuk Doktor Jika Terlalu Sakit

Umumnya sakit punggung ketika hamil adalah sesuatu yang normal dan tidak perlu dirisaukan. Lazimnya ia akan hilang sendiri selepas ibu melahirkan bayi nanti.

Seandainya rasa sakit ini terlalu kuat hingga mengganggu aktiviti harian, berjumpalah doktor untuk mengetahui kondisi kesihatan anda dengan lebih lanjut.

 

Yang Popular

To Top