Asuh

Lambatnya Nak Tunggu Anak Habis Makan. Ini 5 Tips Supaya Anak Tak Jadi ‘Slow Eater’

132
SHARES

“Dari tadi kita suruh makan tak habis-habis. Entah apa dibuatnya dengan nasi tu. Bukannya banyak sangat pun. Kalau tak disuap macam tulah. Aduhai…”

Memang ada budak yang jenisnya bila makan tu memang slow sangat. Kejap termenung, kejap bermain, kejap berbual. Kalau tak disuap, memang hampir satu jam jugalah menunggunya. Itupun kalau kita pantau dan suruh cepat. Kalau tak, entah bilalah makanan tu nak habis.

Menurut Dr Chu Hui Ping, seorang Pakar Kanak-kanak di Raffles Children Center Singapore, adalah normal untuk kanak-kanak melalui satu fasa di mana mereka akan makan dengan begitu lambat. Fasa ini dikenali juga sebagai slow eating.

Berikut adalah antara ciri-ciri slow eater:

  • Mengambil masa 45 minit atau lebih untuk menghabiskan makanan.
  • Kebanyakan makanannya tak bersentuh walaupun dah ‘makan’ lebih 30 minit
  • Selalu bermain dengan makanan
  • ‘Simpan’ makanan dalam mulut dan mengunyah dengan lambat
  • Setiap 2-3 minit kena disuruh, barulah nak suap makanan ke dalam mulut
  • Asyik nak minum air selepas setiap suapan

Kalau anak anda mempunyai ciri-ciri di atas, sahlah anak anda seorang slow eater. Mesti kadang-kadang stres nak menunggu dia makan. Akhirnya kalau kita suapkan, barulah cepat sikit habis makanannya, kan?

Tapi, takkanlah setiap kali nak bersuap. Macam mana nak latih anak supaya dapat makan sendiri dengan lebih cepat?

5 Tips Atasi Anak Yang Makan Lambat

1. Elakkan ‘Distraction’

Pertama sekali, pastikan anak duduk di meja makan tanpa sebarang gangguan. Tengok TV, handphone atau gajet adalah BIG NO sebab ini semua akan mengalihkan perhatiannya daripada makanan yang berada di depan mata.

Tabiat ini juga tak sepatutnya diamalkan oleh orang dewasa kerana minda kita tidak dapat fokus pada makanan dan rasa kenyang. Akibatnya kita akan cenderung terlebih makan apabila terlalu asyik menonton TV atau bermain handphone.

Foto Kredit: sanfrancisco.cbslocal.com

2. Hiaskan Makanan Dengan Menarik

Cuba buat masa makan lebih seronok dengan melakukan beberapa cara kreatif untuk menghiasnya. Contohnya, anda boleh memotong roti berbentuk hati, memotong buah dengan bentuk bintang, atau membuat bento comel yang dapat menarik minat mereka untuk makan.

Kalau nak tengok contoh, boleh google saja atau rujuk artikel kami yang pernah diterbitkan : Comelnya, Ini 30 Idea Bekal Makanan Anak Ke Sekolah Untuk Sebulan! Tak Payah Pening Lagi

Mesti semangat nak buat dan mencurah-curah idea, insha Allah anak pun seronok nak makan.

3. Duduk Bersama Anak

Biasakan anak duduk semeja dengan kita sewaktu makan sekeluarga.

Ada anak yang memang slow eater sebab mereka memang susah sikit nak makan. Tapi ada juga yang sengaja makan lambat sebab mahukan perhatian daripada ibu bapa.

Jadi kalau anda jenis yang sentiasa sibuk dan tak sempat makan bersama anak, duduklah bersama anak ketika mereka makan.

bayi susah makan

Foto Kredit: bebegimlemutluyum.com

4. Kurangkan Snek

Kanak-kanak memang sukakan snek. Air kotak, roti krim, biskut dan macam-macam lagi. Walaupun kita bagi snek berkhasiat seperti buah-buahan, cuba elakkan pemberian snek ini kalau masa makan dah hampir tiba.

Snek-snek ini akan menyebabkan anak anda kenyang buat sementara waktu dan secara tak langsung ia juga memusnahkan selera makan mereka untuk makanan sebenar. Sebab itulah bila makan nasi, lambat sangat nak habis!

5. Bersikap Realistik

Anak-anak akan tetap bersifat keanak-anakan, jadi jangan expect mereka untuk makan seperti orang dewasa. Betul, mereka boleh dilatih untuk makan dengan baik. Tapi, ia memerlukan masa dan kesabaran yang tinggi.

Jadi, kita kenalah plan masa yang sesuai supaya anak dapat makan dengan relaks. Kemampuan anak untuk mengunyah dah tentu tak sama dengan orang dewasa. Selain itu, ambil perhatian pada portion yang sesuai supaya anak tak rasa overwhelming sangat bila nampak terlalu banyak makanan dalam pinggannya. Kalau anak jenis yang tak suka makan nasi, tak apa. Boleh banyakkan menu seakan finger food seperti rice ball dan sebagainya. Dengan cara ini, anak akan lebih teruja untuk makan dan Mama pun kuranglah rasa stres.

Setkan Masa 30 Minit Untuk Makan

Biasakan anak untuk makan dalam masa 30 minit setelah makanan dihidangkan pada mereka. Setelah 30 minit berlalu, makanan akan menyejuk dan menjadi kurang enak. Lepas 30 minit, mungkin lebih ‘liat’lah anak nak habiskan makanan mereka. Kebanyakan makanan tentulah lebih sedap untuk dimakan panas-panas, kan?

Apapun, Mama jangan susah hati kalau anak makan lambat. Ia adalah normal dan tabiat ini boleh diatasi dengan sedikit latihan dan kesabaran!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×