Dapur

Resepi Crispy Mac & Cheese 2 Bahan, Kudapan Yang Buat Tetamu Tak Henti Mengunyah

13.6K
SHARES

“Boringlah tiap-tiap tahun asyik kuih raya dan kerepek yang sama je. Sesekali nak juga ada kudapan yang unik. Baru tetamu seronok sikit nak merasa…”

Kadang-kadang bosan juga kalau makan kuih raya dan kerepek yang hampir serupa di setiap rumah. Nak juga buat kelainan, tapi malas nak leceh-leceh.

Apa kata anda cuba buat kudapan crispy mac & cheese yang dikongsikan oleh Puan Wann Rohani ini. Menurutnya, resepi ini sedang viral di negara jiran kita, Thailand.

Yang menariknya, kudapan ini hanya menggunakan 2 bahan saja. Walaupun mudah, tapi krup krap krup krap rangupnya. Boleh buat orang ketagih dan tak berhenti mengunyah!

Resepi Crispy Mac & Cheese 2 Bahan

Mari kita tengok resepi beliau ini selengkapnya.

Bahan-bahan:

  • Makaroni (apa-apa jenis / bentuk spiral, reben, dll)
  • Cheese Powder

*Selain cheese powder, boleh juga letak apa-apa perisa kesukaan anda. BBQ boleh, chicken boleh, Nestum boleh. Serbuk cheese ni boleh dibeli di kedai bahan kek.

**Kalau tak jumpa juga, boleh hancurkan 1-2 bungkus keropok super ring untuk dapatkan rasa yang seakan-akan serupa.

Cara-cara

Ini langkah-langkahnya.

1. Rendam Makaroni

Pertama sekali, rendamkan makaroni dalam mangkuk berisi air hingga tenggelam sepenuhnya. Tak perlu rebus tau. Rendamkan saja.

Biarkan lebih kurang 45 minit. Bagi saya, 45 minit ni hasilnya just nice. Kalau lama sangat takut nanti kembang. Kalau terlalu kejap pula takut jadi keras. Tapi kalau anda guna pasta yang lebih tebal, bolehlah rendamkan lama sedikit.

Boleh tengok dalam gambar di bawah dekat tapak tangan tu warna dah berubah sikit lepas dah rendam 45 minit. Nampak kembang berbanding yang tak direndam kan?

2. Goreng

Bila dah kembang elok, panaskan kuali, masukkan minyak dan sedia untuk digoreng.

Masa menggoreng, balik-balikkan dan pastikan setiap ketul tak melekat antara satu sama lain.

Kalau nampak dia nak melekat, cepat-cepat pisahkan.

3. Tunggu Hingga Perang

Tunggu hingga perang keemasan macam gambar di bawah ni.

Bila dah angkat nanti, toskan untuk buang lebihan minyak.

3. Perasakan

Seterusnya, taburkan cheese powder atau apa-apa perasa kesukaan anda pada makaroni yang dah digoreng rangup tadi.

Kalau suka banyak, boleh letak banyak. Dan begitulah juga sebaliknya.

4. Gaul Rata

Akhir sekali, gaulkan hingga rata supaya setiap macaroni tadi dibaluti dengan perasa.

Bila dah siap, simpankan dalam bekas kedap udara. Siap!

Rangup & Sedap!

Mudah sangat, kan? Selalunya kita makan kerepek ubi, kerepek pisang, atau snek-snek yang dibeli siap di pasar raya. Tapi resepi ini tentu unik dan lain daripada yang lain. Perasanya pun kita boleh pelbagaikan ikut kreativiti masing-masing.

Sesuai sangat nak buat kudapan sambil tengok TV atau sambil minum petang. Nak buat bisnes pun boleh. Kudapan hipster lah katakan…

Apapun, selamat mencuba!

 

*Resepi Crispy Mac & Cheese ini disumbangkan oleh Puan Wann Rohani menerusi Facebook. Ia disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk lebih banyak perkongsian, follow beliau di SINI.

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×