Dapur

Hanya 2 Bahan, Ini Resepi Badam Coklat Ala Ferrero Rocher (Almond Cluster)

49.3K
SHARES
resepi almond cluster

“Sedar tak sedar dah nak masuk minggu ketiga puasa. Kuih raya satu pun tak buat lagi. Apa agaknya resepi kuih raya yang simple ye? Malas nak renyah-renyah.” Bagi yang belum berkesempatan nak buat kuih raya, apa kata cuba resepi badam coklat yang sangat istimewa ini. Hanya perlu 2 bahan saja tau. Ada yang menggelar biskut ini sebagai almond cluster.

Memang mudah, rasanya yang penuh bercoklat ditambah pula dengan kerangupan kacang badam – mesti akan buat anda ketagih! Ala-ala coklat ferrero rocher gitu!

Resepi Badam Coklat AKA Almond Cluster Ala Ferrero Rocher

Bahan-bahan

Ini adalah 2 bahan yang akan anda perlukan.

  • 1 kg badam cincang
  • 1 kg coklat masakan

Contoh almond nib / badam cincang yang boleh dibeli di pasaraya

 

Ada juga jenis yang dicincang lebih kasar begini

Cara-cara

1. Panggang Kacang Badam Hingga Cukup Masak

Saya panggang dalam oven selama lebih kurang 20 minit dengan suhu 160 darjah. Boleh balik-balikkan badam tu supaya ia dipanggang dengan sekata.

Yang tak ada oven pun boleh sangai (goreng tanpa minyak) atas kuali hingga agak-agak cukup masak dan keperangan.

Bila dah cukup masak, ketepikan dan biarkan ia menyejuk sementara kita lakukan langkah seterusnya.

2. Cairkan Coklat Masakan

Seterusnya, ambil coklat masakan dan cairkan secara double boiler.

resepi almond cluster

3. Campurkan Coklat Dengan Badam

Kemudian, ambil badam yang telah disangai / dipanggang tadi dan campurkan ke dalam coklat yang dah dicairkan.

Gaul hingga rata.

resepi almond cluster

4. Masukkan Dalam Paper Cup

Sekarang, dah bolehlah masukkan ke dalam paper cup / acuan mengikut kuantiti yang sesuai.

resepi badam coklat

5. Sejukkan Dalam Peti Sejuk

Akhir sekali, masukkan ke dalam peti sejuk supaya coklat mengeras dengan cepat. Sekejap saja, dalam 2-3 minit dah keras coklatnya.

Selepas coklat dah mengeras, bolehlah simpankan kuih yang dah siap tadi ke dalam bekas kedap udara.

Jangan risau, coklatnya takkan cair. Sebabnya coklat masakan ni kalau kita lambat tuang ke dalam paper cup pun ia akan keras semula.

resepi ferrero roche

Ringkas Tapi Sedap!

Wah, tak perlu pakai tepung, tak perlu uli-uli. Tak ada oven pun boleh buat. Insha Allah, confirm jadi!

Memang senang dan sedap. Rugilah kalau tak cuba.

Baca juga:  Resepi Choco Rich Ball Tanpa Bakar Untuk Raya, Senang Je!

*Resepi kuih raya Almond Cluster (badam coklat) 2 Bahan ini dikongsikan oleh اراني زواوي menerusi Facebook. 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×