Pernah atau tidak anda merasakan kepala bayi anda kelihatan leper? Jaga-jaga, itu mungkin flat head syndrome! Flat head syndrome ini adalah perkara biasa tetapi boleh membuat ramai ibu bapa panik kerana pelik apabila melihat keadaan bayi mereka mempunyai kepala yang rata dan tidak bulat.
Flat head syndrome atau dalam kata saintifiknya ialah plagiocephaly merupakan satu keadaan di mana kepala bayi kelihatan leper atau rata di satu bahagian.
Baca juga: Bayi Selalu Mengamuk?Rupanya Ini Cara Nak Legakan Perut ‘Berangin’ Bayi
PUNCA KENAPA BAYI MEMPUNYAI FLAT HEAD SYNDROME DAN CARA MENGATASINYA
Oleh kerana tengkorak bayi masih lembut, bentuk bulat kepalanya mungkin kelihatan kurang sempurna semasa proses kelahiran. Bukan itu sahaja, apabila bayi menghabiskan sebahagian besar waktunya tidur dengan cara terlentang, duduk terlalu lama di rocking chair atau tempat duduk bayi di dalam kereta (baby car seat), ia juga boleh mengakibatkan kepala bayi menjadi leper.
Tetapi, apakah sebenarnya yang menyebabkan flat head syndrome atau plagiocephaly ini terjadi?
Antara sebab berlakunya sindrom ini adalah kerana:-
– Kedudukan semasa tidur
– Lahir dengan kembar yang lain
– Penggunaan forceps atau vakum semasa bersalin
– Kelahiran awal (pra-matang)
Sekiranya anda seorang ibu kepada bayi yang baru lahir, ini mungkin salah satu perkara yang boleh menyebabkan anda berasa bimbang. Tetapi, jangan risau kerana simptom ini biasanya mudah dilihat, terutamanya apabila anda memandikan bayi dan kelihatan bentuk kepala bayi lebih menonjol.
Jadi, cara yang tepat anda boleh kenal pasti simptom ini adalah melalui cara berikut:-
– Mempunyai kawasan rata atau kawasan belakang kepala yang senget ke sisi
– Telinga tidak rata
– Rambut kurang di satu kawasan
– Terdapat ketulan tulang yang menonjol di bahagian tengkorak
– Hilang bahagian lembut atau juga disebut sebagai fontanel di kepala
Sekiranya anda menyedari terdapat beberapa simptom ini pada si kecil, ada baiknya anda berjumpa dengan pakar pediatrik anak anda untuk penilaian yang lebih tepat bagi meredakan kebimbangan anda.
6 BANTAL KHUSUS UNTUK BAYI BAGI MENGELAKKAN FLAT HEAD SYNDROME
1. Mama’s Choice Flat Head Prevention Pillow
2. W WelLifes Baby Pillow
3. Mokeydou Baby Pillow
4. Boppy Original Newborn Lounger
5. Clevamama ClevaFoam Toddler
6. OCCObaby Infant Baby Head Shaping Memory Pillow