40 Minggu

Bayi Selalu Mengamuk?Rupanya Ini Cara Nak Legakan Perut ‘Berangin’ Bayi

49
SHARES
masalah kembung perut bayi

Secara purata seorang bayi akan mengeluarkan angin antara 13 hingga 21 kali setiap hari. Punca bayi kembung perut sering disebabkan masalah angin dan biasanya ia tidak memerlukan sebarang rawatan perubatan khas.

Seorang pengasuh, Enchantednanny ,telah berkongsi tips di TikTok yang mengubah hidup untuk menenangkan bayi serta membuatkan mereka tidur dalam beberapa saat. Ianya sangat mudah dan anda juga boleh menguasainya.

Baca juga: Diejek Tak Dapat Beri Susu Badan, Ibu Meroyan Buang Bayi Dalam Telaga!

PUNCA BAYI MENGAMUK

kembung perut baby

Adalah perkara biasa bagi bayi untuk mengalami masalah ketidak keselesaan perut, terutamanya semasa mereka sedang membesar sehingga ke tiga bulan ketika sistem pencernaan mula berkembang.

Gejala yang dihadapi bayi adalah termasuk kembung perut, kekejangan perut, dan kesukaran untuk sendawa, akan mengeluarkan tanda-tanda fizikal mereka seperti menangis dan mengamuk yang sukar untuk diselesaikan.

Walaupun perkara itu tidak perlu dibimbangkan, tiada siapa yang mahu melihat anak kecil mereka dalam kesakitan dan tidak selesa.

Jika anda telah melakukan rutin mengurut perut bayi seperti biasa tetapi masih menganggap bayi anda berada dalam tidak selesa akibat angin, anda mungkin boleh mencuba trick ini.

CARA MELEGAKAN KETIDAKSELESAAN BAYI

1. Urut perlahan perut bayi mengikut arah jam

bayi kembung perut

Di dalam video tersebut, Enchantednanny membaringkan bayi di belakangnya lalu memegang tubuh badan bayi dengan kedua-dua tangan dan perlahan-lahan menggerakkannya dalam mengikut arah jam urut perut mereka dengan ibu jari seperti mengguli doh katanya.

“Apa yang sering kita lihat ialah ibu bapa mengurut perut bayi mereka dengan cara yang salah,” katanya sambil membelai perlahan perut bayi itu dengan tapak tangannya sambil menunjukkan kepada pengikutnya apa yang tidak boleh dilakukan.

2. Mengangkat separuh bahagian kaki bayi dan gerakkan perlahan-lahan

bayi kembung perut

Seterusnya, anda boleh mengangkat separuh bahagian kaki mereka dan gerakan perlahan-lahan untuk mengerakkan pinggul mereka bagi merangsang aktiviti pencernaan.

Video Enchantednanny telah disukai lebih 2.1 juta penonton, dengan penonton memuji kaedah yang dipanggilnya sebagai kaedah ‘pelepasan sakit semula jadi’ untuk bayi bergas.

Video penuh:

@enchantednanny

#goodtoknow #newbornbaby #newborntips #colickybaby #newmum #momtobe

♬ original sound – The Enchanted Nanny

Semoga tips ini dapat membantu menyelesaikan masalah anda dan selamat mencuba kepada si kecil anda!

Sumber: TikTok Enchantednanny

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×