Cantik

Produk Dijual Dengan Harga Serendah RM5, Cepat Serbu Malaysia Fashion & Lifestyle Expo Sebelum Stok Habis!

17.6K
SHARES

Buat anda yang suka shopping dan bergaya, aktiviti wajib setiap bulan pastinya ke pusat beli-belah untuk melihat koleksi baru dan mencuci mata. Sekiranya berkenan, satu atau dua shopping bag pasti akan dibawa pulang!

Berita baik buat anda, Malaysia Fashion and Lifestyle Expo akan mengadakan jualan terbesar pada 17 dan 18 Jun depan bertempat di PARKROYAL Hotel Kuala Lumpur dari jam 11 pagi hingga 8 malam. Apa yang menarik pada ekspo kali ini, anda boleh dapatkan potongan harga sehingga 70%, bagi lebih 50 jenama dan rangkaian produk yang dijual pada harga serendah RM5. Memang sesuai lah untuk anda semua yang sedang merancang untuk shopping raya!

Lebih menarik, 500 pelanggan terawal layak untuk bermain claw crane machine yang menawarkan hadiah sehingga RM8,888! Wow! 100 pengunjung terawal juga layak menerima hadiah istimewa sepanjang 2 hari ekspo ini. Sesi cabutan bertuah juga disediakan dengan pulangan hadiah lumayan. Istimewa untuk kanak-kanak, karakter Disney Princess dan Marvels turut menyerikan ekspo dan anda boleh ambil gambar bersama mereka!

Anda mahu tahu apa lagi yang menarik?

Kaca mata serendah RM89!

Jika anda pengumpul kaca mata, ADC Eyewear menawarkan pelbagai koleksi menarik yang menepati kehendak masa kini. Jenama antarabangsa yang popular misalnya Manchester United, Chelsea, fcuk vision, JEANSWEST, GTR, Volkswagen dan banyak lagi boleh didapati pada harga menarik.

Dari bingkai kecil, besar, pelbagai bentuk dengan warna serta corak memikat hati anda boleh cuba. Dengan harga serendah RM89, kaca mata berkualiti ini pastinya memberikan gaya versatil dan boleh ditambah ke dalam koleksi almari anda!

Lebih 1000 beg tangan berjenama dijual pada harga paling murah. Percaya tak?

Satu lagi yang menjadi kegemaran wanita, mengumpul beg tangan. Jika anda ke Malaysia Fashion and Lifestyle Expo, boleh beli 3-4 beg berjenama dengan harga tak masuk akal! Tak percaya? Datang dulu.. Lebih 1000 beg tangan dijual oleh FH Club dari pelbagai jenama mewah antaranya Prada, Burberry, Gucci, Furla, Miu Miu, Coach, Michael Kors, Kate Spade, Fossil dan banyak lagi!

Jika anda tidak percaya juga, tonton video dari Carrie Lee ini

Tawaran koleksi penjagaan diri lengkap untuk anda!

Sebagai wanita, penjagaan diri menjadi satu kemestian. Justeru, anda wajib datang ke Malaysia Fashion and Lifestyle Expo kerana rangkaian penjagaan dari rambut hingga kaki boleh anda dapatkan pada harga terendah! Koleksi wangian mewah dari World Wanted Perfume membariskan jenama seperti Chanel Christian Dior, Juicy Couture, Giogio Armani, Hugo Boss dan banyak lagi!

Bukan itu saja, set penjagaan diri Mary Kay yang biasa anda dapat pada harga biasa, anda boleh dapatkan pada harga promosi di sini! Set lengkap alat solek dari gincu, bedak asas, eyeshadow, serum dan banyak lagi boleh didapati pada harga terbaik!

Tak cukup dengan itu, jenama Hees Beauty yang terkenal dengan rangkaian kosmetik dan kecantikan juga turut memberikan diskaun hebat untuk produk alat solek mereka. Jenama antarabangsa dari Korea, Finco Korea juga memberikan potongan harga tertinggi untuk produk penjagaan kulitnya.

Promosi hebat kasut dan jam tangan berjenama!

Siapa tidak kenal jenama Christy Ng yang popular dengan koleksi kasut dan beg tangannya? Ratusan koleksi boleh dipadankan dan disesuaikan ke dalam gaya harian anda, ke tempat kerja dan bertemu teman-teman selepas menghadiri mesyuarat. Pelbagai corak dan warna memikat hati boleh dipilih, malah diskaun hebat ditawarkan untuk pelanggan istimewa!

Pengumpul dan penggemar jam tangan pasti akan teruja sekiranya singgah di Watatime yang sememangnya anda ketahui merupakan pengedar popular jenama jam tangan berjenama di Malaysia. Pelbagai koleksi mewah dengan tawaran harga runtuh untuk jenama seperti Tag Heuer, Oris, Jaguar, Louis Erard, Gucci, Tissot, Seiko dan banyak lagi boleh didapati pastinya menarik perhatian anda!

Selain senarai peniaga di atas, terdapat juga peniaga yang semenangnya cukup terkenal dengan produk tersendiri misalnya FVWC Group, Sachetto Sport, Luxuree Bazaar dan Off Season Lifestyle Apparel. Nak tahu apa promosi menarik yang mereka tawarkan, datang dulu! Anda pasti tak nak balik!

Jadi, apa anda tunggu lagi? Cepat serbu Malaysia Fashion and Lifestyle Expo pada 17 dan 18 Jun ini sebelum semua stok habis! Manakala, bagi peniaga yang berminat untuk menyertai acara jualan mereka yang seterusnya, sila hubungi Christine Poe di talian 012-2766233.

Selamat membeli-belah!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×