Business

Elak Ditipu, Personal Shopper Ini Kongsikan Tips Untuk Anda Kenal Handbag Ori Atau Fake!

5.5K
SHARES

Bagi yang biasa beli barang secara online, pasti tahu tentang personal shopper kan? Personal shopper ialah orang yang belikan barang untuk mereka yang tak dapat beli sendiri disebabkan faktor tempat, pengangkutan dan masa. Bestnya!

Tapi ada seorang personal shopper pernah viral tau sebelum ni. Agak-agak kenal tak siapa? Meh kami bagitahu.. ?

Rafidah, personal shopper barangan berjenama yang original

Puan Nor Rafidah Khairuddin, atau lebih mesra dipanggil Rafidah, telah menjadi personal shopper selama 4 tahun. Barang yang dia jual bukan sebarangan. Kebanyakannya barangan berjenama. Paling penting, semua barang original. Bukan biasa-biasa!

Rafidah menjual barangan berjenama yang original dari USA dan Kanada seperti COACH, MK, FOSSIL, KATE SPADE, CORELLE, PYREX, CORNINGWARE, LE CREUSET (Made in France). Dia juga menerima tempahan barangan berjenama Eropah seperti FURLA, LONGCHAMP, LOUIS VUITTON, GUCCI, PRADA, YSL dan GIVENCHY. Wow!

Apa yang special tentang Rafidah berbanding personal shopper yang lain? Dia menerima bayaran penuh atau bayaran ansuran sebanyak 3 kali! Paling menarik, dia sangat friendly. Sebab sangat suka berkongsi, dia siap buat video demo dan shopping trip tau. Lagi satu, dia ni trusted seller, patutlah banyak followers!

Selain itu, yang menarik tentang Rafidah ini adalah dia beri nasihat dan cadangan terbaik tentang jenis handbag yang sesuai digunakan mengikut saiz tubuh badan dan event yang anda pergi. Cara penggayaan pun dia tunjukkan sekali. Bagusnya!

Oleh sebab tinggal di Kanada, Rafidah telah pergi sendiri butik di sana untuk membeli beg dan menjualnya di Malaysia. Tapi sekarang bukan setakat shopping di Kanada sahaja. Dia juga shopping untuk membeli barangan tempahan di USA dan juga di negara Eropah semata-mata untuk tambah koleksi. Banyak koleksi yang dia ada tau.

Rafidah nak beri peluang kepada anda untuk memiliki barangan berjenama dengan harga mampu milik. Paling best, anda seolah membeli terus dari butik! Dia sentiasa menambah koleksi barangan dan memberi servis terbaik! Banyak regular customer tau dia ni.

Rafidah pernah viral sebagai personal shopper dengan pendapatan melebihi RM10,000 tau! Ia pernah diceritakan dalam majalah hijabista. Pada 13 mei 2018, dia dijemput khas ke program Tumit Tinggi di TV1 dan menceritakan kisahnya tentang “Personal Shopper”.

Nak tahu apa yang Rafidah buat setelah 4 tahun menjadi personal shopper? Meh kami bagitahu. ?

Buka butik pertama, Butik Sellection di Wangsa Melawati, KL

Memulakan bisnes dengan membuat tempahan secara kecil-kecilan, Rafidah kini membuka butik pertamanya iaitu Butik Sellection di Wangsa Melawati, KL. Barangan yang dijual ialah beg tangan, dompet, jam, set pinggan mangkuk, set alatan memasak  dan juga alat kosmetik seperti Huda Beauty. Fuh!

Kalau nak cari barangan keperluan untuk raya, bolehlah singgah ke Butik Sellection oleh Rafidah. Kualiti terjamin sebab barangan bukan fake punya tau. Semua original. Harga pun berbaloi. ?

Haa, cakap pasal original dan fake ni, sekarang kan banyak kes pasal seller tipu customer. Agak susah kalau kita tak kenal seller tu siapa. Ada seller yang post gambar original tapi bila sampai, pembeli dapat barang fake pula. Tak best macam tu. ? Nah, tips untuk anda!

Tips kenal pasti handbag original atau fake

Wah, cantiknya handbag ni, tapi ori ke?” Begitulah situasi bila perempuan nak beli handbag. Risau kalau kena tipu dengan seller, lebih-lebih lagi kalau beli secara online. Jangan frust lagi! Rafidah kongsikan tips di bawah yang ditulis sendiri oleh beliau berdasarkan pengalaman dan pendapat supaya anda kenal handbag itu ori atau fake!

Untuk pengetahuan anda, dustbag TIDAK akan disediakan untuk barangan yang dibeli di outlet. Tapi kalau ia adalah koleksi butik yang dibawa masuk ke dalam outlet, original dustbag akan disediakan dalam beg tangan tersebut. Paperbag juga tidak disediakan tetapi kadang kala mereka akan beri kepada seller dengan kuantiti yang terhad.”

– Rafidah –

“Coach menggunakan beberapa jenis zip, antaranya ialah YKK. Jika YKK digunakan, perbandingan boleh dilihat seperti yang berikut. Lihat dua gambar ORIGINAL diatas, lambang YKK yang terletak pada zip adalah jelas. Tulisan kemas dan YKK terletak dalam petak.

Lihat tiga gambar FAKE dibawah – Cubaan untuk meniru lambang YKK. Tulisan yang tidak kemas dan hampir tidak kelihatan (herot dan gemuk hurufnya)”

– Rafidah –

“Lihat dua gambar ORIGINAL diatas, perkataan COACH NEW YORK sangat jelas dilihat walaupun dicetak dalam saiz yang kecil.

Lihat dua gambar FAKE dibawah, anda akan dapat bezakan bagaimana perkataan COACH NEW YORK dicetak. Nampak seakan ada tetapi sekadar mencetak dan tidak jelas langsung.

Saduran warna keemasan atau gangsa yang tidak terlalu berkilau pada rantai beg tangan ORIGINAL juga berbeza dengan yang FAKE.”

– Rafidah –

“Bezakan gambar ORIGINAL diatas dan gambar FAKE dibawah.

  1. Logo tulisan COACH : Anda akan nampak perbezaan dari segi kemasan font. Setiap huruf C.O.A.C.H adalah konsisten saiznya. Berbanding yang fake anda dapat lihat di huruf A sedikit senget dan nampak hampir sama tetapi jelas berbeza.
  2. Logo lambang KERETA KUDA: Untuk logo ORIGINAL, anda akan nampak perbezaan tentang perincian pada bentuk pedati dan kereta kuda. Malah kaki kuda pun anda akan nampak dengan jelas. Berbanding logo FAKE sekadar bentuk sahaja. Jika lihat sepintas lalu mungkin tidak perasan tetapi jika lihat secara dekat jelas nampak bezanya!

Rafidah

“Lihat dua gambar ORIGINAL diatas, butang beg tangan COACH akan mempunyai bulatan ditengah-tengah dan tulisan “USA PAT-SERIAL NUMBER- COMAG” (Standard Stamping)

Lihat dua gambar FAKE dibawah, tiada butang ditengah dan tulisan yang jelas bukan ‘authentic’.”

– Rafidah –

“Lihat dua gambar ORIGINAL di sebelah kanan, rantai beg tangan di salut rapi dan hampir mencengkam rantai. Begitu kemas. Berbanding beg tangan FAKE, boleh lihat rantai beg digantung sebegitu sahaja.”

– Rafidah –

“Kedua-dua beg ini adalah jenis yang sama iaitu Satchel Minetta. Jika dilihat pada pemegang beg ORIGINAL, kulitnya sedikit timbul berbanding beg FAKE yang kulitnya flat sahaja.”

– Rafidah –

“Gambar diatas sekali ialah beg ORIGINAL, jika dibandingkan dengan beg merah keduanya mempunyai mempunyai persamaan dari segi bentuk kulit yang timbul dan rekaannya sedikit runcing kebawah. Berbanding beg fake, kulit tidak nampak timbul dan bentuknya lebih lebar dan flat.”

– Rafidah –

Rafidah kongsi tips ini berdasarkan pengalaman beliau sendiri dan tidak memihak kepada sesiapa. Sebab banyak sindiket penipuan barangan berjenama sekarang. Sebab tu anda kena rajin buat research dan kenal siapa seller anda. So, kena lebih berhati-hati ya. Tak nak kena tipu lagi lepas ni!

Semua orang berhak untuk memakai barangan original, gred, palsu, berjenama dan sebagainya. Terpulang pada individu itu sendiri. Lain orang, lain cita rasa. Betul tak? Jangan lupa singgah Butik Sellection oleh Rafidah. Boleh jumpa dia sekali. Dia sangat mesra dengan customer!

Jangan lupa share tips kenal handbag original atau fake oleh Rafidah dengan kawan-kawan yang suka kumpul handbag tu. Sharing is caring! ?

Kalau anda nak info lanjut tentang Rafidah ni, boleh klik link di bawah ini ya! Alamat butik pun kami bagi. Jom shopping untuk raya di Butik Sellection oleh Rafidah! Confirm anda puas hati punya. Wee..

Facebook Page :  https://www.facebook.com/brandedhandbagsbyrafidah/
Website : www.sellection.com
Instagram: https://www.instagram.com/sellection.byrafidah/
Youtube Channel untuk video demo dan shopping triphttps://www.youtube.com/channel/UCgV8YdQQdw8TFDefGl9MMVw?view_as=subscriber

BUTIK SELLECTION
No. 10, Jalan Wangsa Setia 4,
Wangsa Melawati,
53300, Kuala Lumpur
https://maps.google.com/?q=3.208558,101.744171
03-67340272

WAKTU OPERASI SEPANJANG RAMADHAN
Isnin – Khamis : 11.00pg – 6.00ptg
Jumaat –  Ahad : 11.00pg – 9.00mlm

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×