Inspirasi

Program Bual Bicara Khas Bersama Presiden Republik Indonesia, Joko Widodo Temui Anda Esok!

22
SHARES
joko widodo

Siapa yang tidak mengenali nama figura yang sering disebut-sebut sebagai salah seorang pemimpin berpengaruh di dunia iaitu Presiden Republik Indonesia, Joko Widodo bukan?

Berita baik untuk anda yang merupakan peminat program bual bicara berkonsepkan sejarah kepimpinan, eksklusif di TV3, program bual bicara khas ‘EKSKLUSIF BERSAMA JOKO WIDODO, PRESIDEN REPUBLIK INDONESIA’ akan menemui anda pada 9 Mei 2023 (Selasa), pukul 9.00 malam.

PROGRAM EKSKLUSIF BERSAMA PRESIDEN INDONESIA, JOKO WIDODO

joko widodo

Program khas ini bakal membincangkan isu-isu kepentingan ASEAN dan juga gaya hidup tokoh politik yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia dan Indonesia yang merupakan dua negara jiran yang terletak berdekatan dan mempunyai sempadan yang sama. Bukan saja bahasa pertuturan berasal dari rumpun bahasa yang sama, malahan budaya, adat resam, agama dan seni bina juga mempunyai persamaan antara dua negara ini.

Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi merupakan Presiden Republik Indonesia yang ke-7. Beliau juga memikul tanggungjawab besar apabila Indonesia terpilih sebagai Pengerusi ASEAN 2023 pada awal Januari lalu. Beliau merupakan Presiden Indonesia pertama yang bukan berasal dari latar belakang politik atau ketenteraan elit.

Apakah perancangan beliau untuk menyelesaikan kemelut dan cabaran getir yang dihadapi oleh ASEAN?

Bersama dengan hos, Fiza Sabjahan, program selama 30 minit ini telah diberikan peluang untuk menjalani rakaman di Istana Merdeka di Jakarta. Selain itu, Joko Widodo juga memilih Pasar Tanah Abang, lokasi pelancongan yang terkenal dengan produk tekstil sebagai lokasi penggambaran kedua. Seterusnya, Sarinah Mall, pusat beli-belah pertama di Indonesia yang telah dinaiktarafkan untuk memasarkan barangan tempatan juga dipaparkan dalam program ini.

Selain berkongsi perspektif beliau tentang hubungan diplomatik Malaysia dan Indonesia, beliau juga membincangkan tentang topik-topik yang menjadi kepentingan ASEAN seperti isu maritim dan pertikaian sempadan, pergolakan politik di Myanmar, pemulihan ekonomi dan keselamatan makanan demi menjamin kestabilan politik, keselamatan dan ekonomi. Di sebalik kewibawaan seorang tokoh politik, beliau juga mempunyai hobi dan minat yang unik antaranya membawa motor berkuasa tinggi, bersukan seperti futsal dan badminton menonton filem serta memelihara haiwan.

Kenali lebih dekat Presiden Indonesia ke-7 menerusi program ‘EKSKLUSIF BERSAMA JOKO WIDODO, PRESIDEN REPUBLIK INDONESIA’ yang bakal disiarkan pada 9 Mei 2023, Selasa, pukul 9.00 malam di TV3 dan strim secara definisi tinggi di Tonton.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×