Advertorial

Portal MyUndi Sedia Update, Berita & Laporan Terkini PRU-14, Semuanya Di Hujung Jari

626
SHARES

Seperti semua sedia maklum, tarikh mengundi untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) jatuh pada 9 Mei 2018. Pastinya ramai di antara anda semua sibuk membeli tiket balik kampung, servis kereta dan membuat persiapan untuk anak-anak sebelum pulang ke kampung untuk mengundi…

Dalam kesibukan menanti PRU-14, pastinya anda ingin tahu update terkini PRU-14 contohnya berapa kerusi yang bertanding, berita terkini, parti mana yang dapat undian terbanyak setakat itu dan macam-macam lagi… Kat mana nak dapat semua informasi tu?

Semuanya ada dalam portal MyUndi!

MyUndi adalah portal berita yang melaporkan SEGALANYA tentang PRU-14 termasuk berita, video dan macam-macam lagi. Kalau anda nak tahu, ia adalah inisiatif Kumpulan Media Digital Nombor 1 Malaysia, Media Prima Digital (MPD) yang melancarkan portal itu baru-baru ini…

Di samping MPD, pelancaran portal MyUndi juga adalah hasil kerjasama dengan Media Prima TV Networks dan New Straits Times Press (M) Berhad. Portal MyUndi ni akan memaparkan laporan berita terkini tentang PRU-14 dari akhbar terkemuka negara kita antaranya Harian Metro, Berita Harian dan New Straits Times Press.

Bukan itu saja, MyUndi juga menyediakan laporan dan analisis terperinci dari stesen TV seperti TV3, ntv7, 8TV dan TV9! Tak cukup lagi, ada artikel-artikel dari platform berita digital NX Digital juga! Boleh akses semua laporan PRU-14 di hujung jari. Senang kan?

Bukan sekadar berita, ada live update juga!

MyUndi juga akan menyediakan live update Proses Penamaan Calon dan persediaan menjelang hari Pilihan Raya nanti. Memang kami boleh kata, MyUndi ni one stop directory untuk PRU-14, malah ia juga akan mengulas kembali Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) termasuk keputusan undi…

Buat anda yang nak tau apa terjadi ketika hari mengundi nanti, live stream dari lokasi ‘panas’ seluruh negara juga ada di MyUndi! Banyak berita terkini bakal disediakan dan anda juga boleh berinteraksi dengan memberi komen dan sebagainya dari situ. Memang cool!

Portal MyUndi boleh diakses melalui komputer, smartphone dan tablet dengan melayari www.myundi.com.my dari mana-mana di seluruh dunia. Jom buka link tu sekarang!

* Data untuk PRU 14 akan dikemaskini menerusi laman sesawang www.myundi.com.my pada Hari Penamaan Calon, 28 April 2018. 

Jangan lupa mengundi untuk PRU-14 nanti!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×