Hebahan

Platform Baru unifi Ini Boleh Bantu Persiapan Raya Anda! Ramadan Tetap Ramadan, Raya Tetap Raya.

807
SHARES

Kami yakin ramai yang rasa persiapan Ramadan dan raya tahun ni agak berbeza. Tapi, jangan biarkan ia menghalang anda untuk menikmati keberkatan Ramadan dan kemeriahan Syawal kali ini. Anda masih lagi boleh menyambut Ramadan dan Lebaran dengan meriah!

Fesyen, makanan hingga ke kelengkapan rumah, semuanya ada di unifi Ramadan Raya!

Dengan unifi Ramadan Raya, anda boleh dapatkan pelbagai barangan untuk persiapan raya. Antaranya pakaian, aksesori, kuih raya, kelengkapan rumah dan macam-macam lagilah!

Tak salah pun untuk anda zahirkan rasa teruja nak sambut raya. Maklumlah, raya kan hari kemenangan kita lepas berjaya tahan hawa nafsu selama sebulan.

Anak-anak nak makan menu bazar Ramadan PKPB ni? unifi ada list e-bazaar untuk anda!

Anda mesti tercari-cari menu kegemaran anak-anak yang selalu dijual di bazar Ramadan sepanjang PKPB ni kan? Haa, pencarian anda kini berakhir! Di unifi Ramadan Raya ada beberapa e-bazaar yang anda boleh pilih! Konsep e-bazaar ni sama saja macam bazar Ramadan biasa. Bezanya, anda buat pembelian dan pembayaran secara atas talian.

Jadi, anak anda dah tak perlu nak sedih-sedih konon tak dapat merasa menu kegemaran bazar Ramadan mereka. Yang menariknya, e-bazaar ni bukan hanya di KL tapi ada juga di Johor, Sabah, Sarawak dan Selangor.

Raya lagi meriah dengan baju baru! Jom tengok apa yang ditawarkan

Baju lelaki, wanita dan kanak-kanak semuanya ada. Anda hanya perlu pilih mana yang berkenan di hati. Yang pastinya, kebanyakkan jenama yang ada di platform ini jenama lokal tau. Jadi, sambil membeli anda juga dapat menunjukkan sokongan kepada jenama-jenama tempatan yang ada di Malaysia ni!

Sesi virtual bersama artis. Boleh buat projek DIY & cuba resipi sama-sama!

Sesi virtual Ramadan Raya ini boleh menguatkan lagi ikatan sesama umat dan boleh menaikkan semangat sepanjang tempoh PKPB. Ini kerana, unifi nak membantu anda untuk merasakan Ramadan dan Syawal kali ini tetap sama macam Ramadan dan Syawal yang terdahulu!

Dengan sesi virtual bersama artis, anda boleh cuba pelbagai resipi dan projek DIY yang menarik bersama mereka tau.

Kalau anda nak tahu artis apa yang akan dijemput, boleh tengok jadual di bawah ni!

Kebudayaan:

Host: Radin

Tetamu:

  • Issey – 20 Mei, 1pm
  • Sam Bunkface – 20 Mei, 10pm

Perdagangan:

Host: Yaya Zahir

Tetamu:

  • Betty Rahmad – 15 Mei, 4pm
  • Izzue Islam – 15 Mei 10pm
  • Ummi Nazeera -22 Mei, 4pm
  • Hazeman – 22 Mei, 10pm

Gaya Hidup:

Host: Yasmin Hani

Tetamu:

  • Diana Danielle – 16 Mei, 3pm
  • Zulin Aziz – 16 Mei, 10pm
  • Saharul Ridzwan – 19 Mei, 3pm
  • Kamal Adli – 19 Mei, 10pm

Kerohanian

Host: Hafiz Hamidun

Tetamu:

  • Mawi- 18 Mei, 4pm
  • Ustaz Fakhrul UNIC – 18 Mei, 10pm

Yang bestnya, sesi virtual ini bukan ada satu topik saja tapi akan dipecahkan kepada 4 kategori. Topik pertama ialah Budaya, yang akan dihostkan oleh Radin. Artis jemputanya ialah Issey dan Sam Bunkface. Kategori kedua ialah Perdagangan yang akan dihostkan oleh Yaya Zahir. Artis yang terlibat ialah Betty Rahmad, Izzue Islam, Ummi Nazeera dan Hazeman!

Kategori ketiga pula melibatkan Gaya Hidup. Dihostkan oleh Yasmin Hani, sesi ini akan melibatkan artis-artis seperti Diana Danielle, Zulin Aziz, Saharul Ridzwan dan Kamal Adli. Kategori Kerohanian pula akan dihostkan oleh Hafiz Hamidun. Ada Mawi dan Ustaz Fakhrul UNIC tau!

Jual barangan lokal? Jadi, peniaga SME bolehlah join platform ni?

Ya! Boleh! unifi mengalakkan para lokal vendor untuk sertai unifi Ramadan Raya bagi memeriahkan dan memberi lebih banyak pilihan kepada pembeli. Hanya daftar di link ini!

Platform ini sememangnya untuk membantu pengguna dan juga penjual untuk membeli belah dengan lebih senang ketika PKPB.

Tak cukup data nak tengok unifi Ramadan Raya? Anda sekeluarga boleh nikmati sehingga 999GB* hotspot untuk RM59 saja!

Walapun perintah berkurung kini dilonggarkan, tapi kebanyakkan masa rakyat Malaysia diwajibkan untuk duduk di rumah dan hanya keluar bila perlu. Tak kurang juga yang terpisah dari keluarga dan duduk bersendirian. Jadi, internet dah jadi peneman anda panggil akrab ketika PKPB.

Risau internet anda tak cukup? Haa, unifi ada tawarkan pakej gempak untuk anda! Pengguna unifi kini boleh nikmati sehingga 999GB* data hotspot LTE pada harga RM59 saja! Lebih mudahlah anda nak shopping di unifi Ramadan Raya, bekerja dari rumah atau nak hubungi yang tersayang.

*Tertakluk kepada terma dan syarat

Anda kena cepat dan rebut peluang keemasan ini sekarang sebab tawaran ini terhad ketika PKPB saja. Untuk maklumat lanjut mengenai 999GB hotspot, anda boleh klik di sini.

Jangan lupa untuk singgah membeli belah di unifi Ramadan Raya! unifi mengucapkan salam Aidilfiti buat anda. Ramadan tetap Ramadan, Raya tetap Raya!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×