Rakyat

PKP Fasa 1 Tidak Tamat Esok, Dilanjutkan Hingga 3 Indikator Dicapai – PM

86
SHARES
pkp fasa 1 diteruskan

Fasa 1 kawalan pergerakan kekal dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) sehingga tiga indikator yang digariskan dicapai, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Menurut Perdana Menteri, ketiga-tiga indikator itu ialah meliputi jumlah kes harian, tahap sistem kesihatan awam dan kadar vaksinasi.

PKP Fasa 1 Dilanjutkan Hingga 3 Indikator Dicapai “Sekarang ini ialah fasa pertama dan fasa pertama ini sampai Julai, mungkin pertengahan dan sebagainya, jadi bukan kita kira 28 Jun, ada silap,” kata Perdana Menteri selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Konvensyen Sunway Pyramid, di sini pada Ahad.

“Kita masih di fasa pertama dan fasa pertama ini kita akan lanjutkan sehingga mana kita telah mencecah nilai ambang.

Jelas Perdana Menteri lagi, fasa pertama ini akan terus dilaksanakan sehingga kerajaan mencapai 3 indikator berikut:

  • Purata kes harian COVID-19 menurun di bawah 4,000 kes;
  • Sistem kesihatan awam tidak lagi berada di peringkat kritikal termasuk kadar penggunaan katil di ICU pulih ke paras sederhana; dan
  • 10 peratus populasi telah menerima 2 dos suntikan vaksin.

Berkaitan: Ibu Mengandung Akan Dapat Temujanji Vaksin Dalam Masa Terdekat – KKM

Peralihan Fasa Memerlukan Kerjasama Semua Pihak Tegas Muhyiddin lagi, dalam masa sama, langkah-langkah untuk kawalan kepada masalah penyakit dan wabak masih berterusan.

“Umpamanya, di Selangor kita beri perhatian khusus kerana Selangor dilihat terkesan besar kerana kes-kesnya lebih 1,000, semalam 2,000 dan sebagainya.

“Jadi, sebab itu Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan (Menteri Kanan Pertahanan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sudah umumkan kawasan-kawasan di Selangor akan diberikan PKPD (Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan) yang lebih ketat di kawasan-kawasan yang diumumkan.

“Kenapa begitu, antara kes yang banyak berlaku ialah di Selangor seperti tempat kerja, kediaman ataupun dalam komuniti.

Banyak telah berlaku begitu, kalau kita nak menurunkan kadar kes ini kita perlu memberi perhatian dalam kawasan-kawasan sebegini,” katanya lagi.

Sehubungan itu, Muhyiddin berkata, beberapa langkah susulan lain dijangka dilakukan oleh kerajaan untuk memastikan kes di seluruh negara dapat diturunkan.

*Sumber: Astro Awani

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×