40 Minggu

Ibu Mengandung Akan Dapat Temujanji Vaksin Dalam Masa Terdekat – KKM

95
SHARES
vaksin ibu mengandung

Ibu mengandung yang telah mendaftar dan mengemaskini status kandungan di MySejahtera akan mendapat janji temu dalam masa terdekat.

Ini kerana, ibu mengandung / hamil tergolong antara golongan berisiko dan perlu diberi vaksin dengan segera.

Vaksin yang sesuai akan disediakan berdasarkan kesesuaian keadaan masing-masing serta Garis Panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia:

  1. JENIS VAKSIN – Setakat ini, KKM hanya mengesyorkan vaksin COMIRNATY (Pfizer) untuk ibu hamil. Kelayakan pemberian vaksin jenis lain kepada wanita hamil akan dikemaskini dari masa ke semasa.
  2. TUJUAN – Wanita hamil yang dijangkiti COVID19 mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat komplikasi penyakit berbanding wanita yang tidak hamil.
  3. TEMPOH MASA SUNTIKAN – Masa terbaik wanita hamil menerima vaksin adalah semasa kandungan berusia antara 14 hingga 33 minggu bagi membolehkan wanita hamil melengkapkan dos kedua sebelum bersalin.
  4. KEUTAMAAN – Keutamaan diberikan kepada 2 golongan berikut:
    i) Anggota barisan hadapan yang hamil.
    ii) Ibu hamil yang mempunyai masalah perubatan.
  5. KELULUSAN DOKTOR – Ibu hamil yang ingin mendapatkan suntikan vaksin COVID19 ini perlu mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor terlebih dahulu.

vaksin covid19 ibu hamil

Cara Kemaskini Status Vaksin Ibu Mengandung

Untuk makluman, MySejahtera kini telah membolehkan ibu-ibu mengemaskini status mengandung atau menyusu bayi.

Untuk mengemaskini maklumat tersebut, sila buka aplikasi MySejahtera > COVID19 Vaccination > Nama anda

Dalam menu tersebut, ruangan untuk mengemaskini akan terpapar seperti dalam gambar di bawah:

Pastikan anda telah mengemaskini status terkini bagi membolehkan ibu mengandung boleh mendapat keutamaan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Berkaitan: Wanita Hamil Boleh Ambil Vaksin Comirnaty (Pfizer) COVID19 – KKM

Maklumat lanjut:

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×