Dapur

‘Pikat’ Anak Yang Tak Suka Sayur Dengan Homemade Cheesy Veggie Balls Ini, Mesti Berselera!

152
SHARES

Salah satu makanan yang menjadi ‘ketakutan’ anak adalah sayur! Setiap kali nak suap anak dengan makanan yang ada sayur, mesti mereka akan tolak habis-habisan. Kalau keadaan macam ini berlarutan sampai dewasa, macam mana anak nak ada kandungan fiber dan iron yang cukup dalam badan kan? Ternyata, si ibu kena ‘ubahsuai’ makanan yang mempunyai sayur supaya anak-anak pun mahu untuk makan makanan yang ada sayur! Bukan itu sahaja, boleh juga jadikan aktiviti memasak bersama anak ketika cuti sekolah ini.

http://www.nydailynews.com/

RESEPI HOMEMADE VEGGIE CHEESE BALLS (Sesuai untuk kanak-kanak)

Hari ni nak nak share dengan korang resepi veggie cheese balls untuk anak-anak. Sangat sesuai untuk anak-anak yang picky eater tengok sayur pun macam tengok hantu dan sesuai untuk tambah iron! Macam biasa ofcourse boleh frozen punya resepi ni!

Bahan-bahan HOMEMADE VEGGIE CHEESE BALLS ‘KIDS FRIENDLY’

www.facebook.com/aliaazizmy

1. Broccoli

2. Serbuk roti/ atau boleh goreng roti tanpa minyak atas pan sampai garing lepastu hancur2 kan.

3. Telur

4. Tepung serbaguna. Kalau takde boleh campurkan tepung gandum, tepung jagung, perasa kan dengan garam sikit siap.

5. Bayam

6. Cheedar cheese

Cara-cara

www.facebook.com/aliaazizmy

1. Steam kan broccoli sampai lembut.

www.facebook.com/aliaazizmy

2. Tos kan broccoli yg dah di steam. Cincang broccoli dan bayam halus-halus dan satu kan kesemua bahan dalam satu mangkuk.

3. Bentuk kan bulat dan goreng dalam api yang perlahan sehingga keperangan.

Dah siap!

www.facebook.com/aliaazizmy

Nota kaki : Untuk frozen kan, setelah buat bulat tu masuk kan dalam peti ais 1-2 jam sampai keras lepastu letak dalam ziplock. Bila nak masakan keluarkan dan goreng terus. Mudah sangat!

Sumber: Alia Aziz

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×