Advertorial

Petua Mudah Ibu Bapa Boleh Amalkan Untuk Elak Anak Jatuh Sakit!

12.7K
SHARES

Perubahan iklim sejak kebelakangan ini ternyata memberi kesan terhadap penjagaan kesihatan di Malaysia. Kanak-kanak terutamanya, sangat mudah terdedah kepada penyakit berjangkit seperti demam mahupun selsema.

Sebagai ibu bapa perkara ini semestinya suatu yang membimbangkan, kerana tubuh kanak-kanak masih belum kuat untuk melawan virus penyakit yang menyerang. Nak berikan perlindungan terbaik untuk anak anda? Jom ikuti petua mudah ini!

1. Tingkatkan penjagaan kebersihan

Kalau sebelum ni anda buat endah tak endah tentang penjagaan kebersihan, musim epidemik ni anda kenalah lebih prihatin kerana tidak semua anak kecil memiliki antibodi kuat untuk melawan virus penyakit yang menyerang.

Cara paling mudah ialah mengajar anak-anak cara mencuci tangan menggunakan sabun dengan betul sebelum dan selepas mereka memegang sesuatu atau makan. Jika mereka berada di luar dan sukar untuk akses kepada air bersih, bekalkan mereka dengan hand sanitizer dan ajar mereka cara penggunaan dan bilakah waktu mereka perlu menggunakannya.

2. Tetapkan waktu tidur yang berkualiti

Tidak semua anak kecil mampu mengikut waktu tidur yang ditetapkan. Peranan anda sebagai ibu bapa bagi menetapkan waktu tidur supaya anak anda mendapat jam tidur yang secukupya. Jika sudah terbiasa, mereka akan mudah untuk tidur apabila tiba waktunya.

Tempoh tidur berkualiti adalah berbeza untuk setiap peringkat usia. Tidur yang cukup dapat membantu merangsang prestasi kognitif, memori, refleks dan daya tumpuan anak. Selain tu, tidur yang cukup penting untuk anak kecil supaya sel-sel dalam badan mereka dapat membina antibodi dan memulihkan tenaga yang telah digunakan pada waktu siang.

3. Elak bawa anak ke tempat tumpuan ramai

Beriadah dan melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh amat penting buat anak-anak yang sedang membesar. Semasa bermain, anak-anak dapat belajar pelbagai perkara.

Namun musim epidemik ni, anda tidak digalakkan membawa anak-anak keluar ke tempat tumpuan seperti taman permainan atau pusat membeli-belah kerana anda tidak mampu mengawal dengan siapa anak anda berhubung, paling dibimbangi jika mereka berinteraksi dengan kanak-kanak yang sakit dan terkena jangkitan penyakit tanpa anda sedari.

4. Perkenal makanan seimbang sejak kecil

Pemakanan seimbang juga penting bagi membantu anak anda membina antibodi kerana setiap makanan mempunyai khasiat yang berbeza. Sebagai ibu bapa, anda bertanggungjawab memperkenalkan pola pemakanan seimbang kepada mereka mengikut nisbah piramid makanan.

Perkenalkan anak dengan pelbagai variasi warna makanan daripada khasiat sebenar sayur-sayuran dan buah-buahan. Jika tidak dididik sejak awal, anak kecil akan menjadi “picky eater” dan ini pastinya akan menyusahkan anda dan anak-anak tidak mendapat sepenuh khasiat yang diperlukan untuk membesar dengan sihat dan kuat.

BERIKAN ANAK ANDA KHASIAT DARIPADA BUAH OREN SEBENAR DENGAN SUNKIST PURE!

Anak anda susah sangat nak makan buah-buahan terutama buah oren? Jangan risau, anda boleh juga dapatkan khasiat vitamin C yang tinggi daripada minuman jus Sunkist Pure.

Sunkist Pure diperbuat daripada lebih 6 biji oren sebenar! Dengan Sunkist Pure, anak anda pasti mendapat khasiat vitamin C yang mereka perlukan setiap hari. Rasa Sunkist Pure yang enak bukan saja boleh dinikmati oleh anak kecil, malah anda sebagai ibu bapa pun, boleh dapatkan keperluan vitamin C daripada Sunkist Pure ni!

Selain minuman jus oren, Sunkist turut memperkenalkan jus daripada buah epal tau. Kalau anda nak tau lebih lanjut mengenai khasiat minuman jus oren dan epal keluaran Sunkist, anda boleh terus ke Facebook rasmi Sunkist Juice Malaysia.

Tunggu apa lagi, dapatkan vitamin C yang anda perlukan untuk seisi keluarga daripada Sunkist Pure sekarang juga.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×