Deko & Hias

Petua Halau Serangga Perosak Sebelum ‘Mereka’ Bermaharajalela Di Dalam Rumah!

52
SHARES

Di mana-mana rumah pun, pasti ada sekurang-kurangnya satu atau dua jenis serangga perosak yang sering buat kacau. Jika tidak dibanteras dan hanya dibiarkan sahaja, serangga perosak dalam rumah pasti akan bermaharajalela dengan lebih dahsyat.

Terdapat pelbagai jenis haiwan perosak yang hadir dalam rumah. Antara contoh haiwan perosak ialah seperti tikus, lipas, lalat, semut dan lipas. Mungkin ada beberapa petua halau serangga perosak dalam rumah yang anda boleh cuba di bawah ini.

Baca juga: 7 Tanda Anak Belum Terjebak Dengan Ketagihan Gajet, Periksa Sebelum Terlambat

Antara petua yang boleh menghalau serangga perosak ialah:

1. Lalat

Jika lalat semakin banyak, dikhuatiri ia akan hinggap pada masakan anda dan bertelur di dalamnya. Lebih teruk lagi, jika lalat tersebut membawa bersama penyakit atau bakteria berbahaya.

Guna serai wangi sahaja. Lalat atau nyamuk amat benci kepada bau serai wangi. Anda juga boleh membuat semburan serai wangi anda sendiri.

Caranya ialah:

– Ambil beberapa batang serai wangi.

– Kisar bersama air dan perap air serai selama satu malam.

– Kemudian, tapis air serai daripada hampasnya dan masukan ke dalam botol semburan.

– Semburkan pada kawasan yang sering didatangi lalat.

2. Semut

Semut yang masuk ke rumah biasanya terdiri daripada tiga jenis. Semut hitam, semut merah atau semut gatal, dan semut halus. Semut hitam dan semut halus kerap memasuki rumah kerana menghurung makanan.

Manakala semut merah atau semut gatal biasanya masuk ke kediaman sewaktu hujan atau jika terdapat bangkai haiwan kecil. Apa pun jenis semut yang datang, ia boleh dihalau dengan cara di bawah ini:

– Buat larutan cuka dengan mencampurkannya ke dalam air.

– Masukan larutan ini ke dalam botol penyembur.

– Sembur pada laluan atau lubang semut.

– Buat beberapa kali setiap hari.

3. Lipas

Lipas bukan sahaja berbau busuk, tetapi ia juga adalah serangga yang boleh membawa penyakit. Ini kerana lipas biasa membiak dan mencari makanan dalam kawasan yang kotor dan gelap.

Oleh sebab itu, ia lebih mudah dijumpai dalam parit, tempat-tempat tersorok atau kawasan yang lembap dan kotor. Ikut cara di bawah ini:

– Kisarkan bawang putih dan bawang merah bersama-sama serbuk lada putih atau hitam.

– Campurkan dalam 1 liter air dan kacau sehingga sebati.

– Semburkan pada kawasan lipas membiak atau laluannya.

– Bau bawang dan lada yang kuat boleh membuatkan lipas lari.

4. Anai-anai

Anai-anai boleh dikatakan sebagai serangga yang amat membimbangkan kerana ia boleh merosakkan struktur kediaman anda. Ini termasuklah mana-mana alatan, ruang atau perabot yang diperbuat daripada kayu.

Hal ini kerana anai-anai memakan dan membina sarangnya dalam kayu. Antara cara menghalau anai-anai yang boleh anda cuba ialah:

– Rendamkan tembakau dalam air dan perapkan selama satu malam.

– Kemudian, siram kawasan yang diserang anai-anai dengan air tembakau tersebut.

– Ia juga boleh disiram terus pada sarang anai-anai.

– Buat beberapa kali sehinggalah jumlah anai-anai mula berkurangan.

5. Tikus

Terdapat banyak petua yang boleh anda buat untuk menghalau tikus. Antaranya adalah dengan menggunakan serbuk lada hitam yang ditaburkan pada laluannya.

Selain itu, anda juga boleh mencuba dengan meletakkan daun pudina atau minyak patinya di kawasan laluan tikus kerana tikus tidak gemarkan bau pudina yang kuat.

Sumber: hello doktor

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×