Rumah

Petua Halau Bena, Hama & Perosak Tanaman Guna Air Rebusan Cengkih

2.5K
SHARES

Ramai yang stres bila tanam pokok tak menjadi, kena serang bena, hama, daun berkerinting dan macam-macam lagilah.

Ada satu petua air rebusan cengkih yang dikatakan berkesan untuk membantu menyuburkan tanaman dan memulihkan kembali tanaman yang diserang perosak.

Setelah membuat sedikit pembacaan dan carian di internet, rupanya begitu banyak khasiat bunga cengkih (clove) yang berguna bukan saja kepada manusia, tetapi juga kepada tanaman.

Ini mungkin kerana sifat semulajadinya yang anti-oksidan dan anti-bakteria yang dapat membantu memusnahkan perosak pada pokok.

Di sini kami kongsikan petua halau bena, hama dan perosak tanaman menggunakan air rebusan cengkih yang boleh anda cuba di rumah.

www.bundakonicare.com

Petua Halau Bena, Hama & Perosak Tanaman Guna Air Rebusan Cengkih

Dalam sebuah hantaran di Facebook oleh Khairulazani Bin Hassan Sabery, beliau berkongsi bahawa beliau telah mencuba tips ini dan ia ternyata ia nampak berhasil:

Hari tu dah macam putus asa dah dengan pokok cili padi ni. Kena serangan bena dan parasit yang jenis sedut bendalir pokok tu..

Terima kasih pada yang bagi petua air semburan rebusan bunga cengkih. Menjadi. Sekarang dah berbunga dan berbuah dah.

Cara buat air rebusan cengkih:

  1. Saya ambil segenggam bunga cengkih.
  2. Rebus dengan 1 liter air.
  3. Rebus dalam 15 minit ke 20 minit.
  4. Biarkan sejuk.
  5. Lepas tu esok sembur. (saya buat malam)
  6. Pada permulaan disembur 2kali sehari pagi dan petang selepas siram pokok.

Saya buat 2-3 hari je. Kemudian, saya buat seminggu sekali dalam 2 minggu.. Ni dah sebulan tak buat. Alhamdulillah ok…Ingat minggu depan nak buat lagi…

petua halau bena

PENTING: Sembur secara rata tau, bahagian atas bawah depan belakang yang ada bena tu sembur kan. Hampasnya jangan dibuang, elok letak di pokok berkenaan.

Terima kasih sahabat kerana berkongsi info.

Jika bermanfaat, jom share juga untuk kebaikan bersama.

Baca juga: Atasi Masalah Di Kebun, Ini 9 Kegunaan Baking Soda Untuk Tanaman Lebih Subur!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×