Famili

Tak Berak Selepas 48 Jam, Bayi Terpaksa Dibedah Selepas 3 Hari Lahir Kerana Masalah Usus

3.4K
SHARES

Penantian saat bayi dalam kandungan akan dilahirkan adalah momen yang terindah buat pasangan suami isteri. Namun, bukan semua pasangan akan diberikan kemudahan anak yang dilahirkan sihat dan proses menjadi mudah.

Ini adalah antara perkongsian kisah di laman Facebook dimana pasangan ini berdepan dengan situasi bayi yang dilahirkan masih tidak membuang air besar selepas 48 jam dilahirkan. Bukan itu sahaja, selepas 3 hari dilahirkan, bayi bernama Nuruddin ini perlu dibedah kerana mengalami masalah usus.

MASIH TAK BERAK SELEPAS 48 DILAHIRKAN

Assalamualaikum, minta doakan baby Nuruddin mahmud . Masih tak berak selepas 48 hrs. Diterbangkan ke Alor setar sbb disyaki penyakit sama seperti kakak dia, hirschsprung Disease. Ulang balik apa yang kami tempuh waktu kakak dia lahir dulu. Berkampung lagi la kami di hospital.

Baby Nuruddin Mahmud dah masuk bilik bedah on Day 3 of life. Harap semua berjalan lancar. Hari ni dapat berita lagi dari hospital. Usus yang tinggal masih tak berfungsi dan akan masuk lagi bilik bedah buat kali ke 2. Kemungkinan baby Nuruddin akan hidup dengan usus yang kurang dari 100cm.

So baby Nuruddin akan bergantung pada mesin dan bantuan pemakanan untuk tempoh yang sangat lama. Mungkin bertahun. Ingatkan kakak Sofea tu teruk dah, rupanya adik lagi teruk Ya allah permudahkan la urusan baby Nuruddin.

PUTING SEBAGAI PENEMAN KETIKA MENANGIS

Hanya puting menjadi peneman bila dia menangis. Kata nurse semalam “kami pun tak sampai hati nak lekat salotep di puting dia tp tu sahaja jalan untuk pujuk dia. Kesian Nuruddin, lapar tak minum susu”

Aku yang dengar ni pun sebak tahan air mata. Alahai anak, sorang-sorang kat sini. Keluarga semua di Langkawi. Rasa nak duduk sini tp Nuruddin dlm nicu bukan wad biasa. Kita tak boleh jaga dia hanya boleh dtg melawat shj. Dan yang boleh masuk hanya ibu dan ayahnya sahaja. Doakan Nuruddin Mahmud dipermudahkan pembedahan yg ke4 esok. Berharap ada khabar gembira esok. Apa-apa pun, kami ibu dan ayahnya redha dengan apa yg berlaku. Berserah kepada Allah.

Duhai anak, Nuruddin Mahmud semoga Allah memberikanmu kekuatan, ketabahan dan kesabaran. Momi tunggu adik keluar. Apa pun keputusan hari ni, momi dan dedi redha. Kita merancang dengan cita-cita tapi Allah merancang dengan cintaNya. Semoga semuanya selamat hendaknya.

DIAGNOS ‘TOTAL INTESTINAL AGANGLIONOSIS’

Selepas seminggu petang ni result rasmi operation ke4 dari lab telah keluar. Nuruddin Mahmud diagnos “Total Intestinal Aganglionosis”. Yang mana kedua-dua ususnya iaitu usus besar dan usus kecik tidak mempunyai ganglion cell. Saraf ini hanya ada sehingga ke perutnya shj dan selepas itu tidak ada saraf. Berbeza dengan kakaknya, sofea cuma “Total Colonic Hirschprung Diseases” (keseluruhan usus besar shj tidak ada saraf).

Allah la sebaik-baik perancang. Dia menjadikan sesuatu itu yang kita pun tidak tahu hanya Dia lah yang Maha Mengetahui. Siapalah kita hendak menidakkan kuasa Allah. InshaAllah, selesai urusan esok di hospital Nuruddin Mahmud akan di bawa pulang ke rumah di Langkawi. Keputusan yg berat, harap dipermudahkan oleh Allah.

DAH MASUK WAD BIASA, HARAP CEPAT SEMBUH

Hari ni first time kakak sofea boleh jumpa adik nuruddin. Excited bukan main. Esok balik boleh jumpa abg muhammad pulak. Sejak lahir lagi tak jumpa, di Hospital Langkawi kanak-kanak tak boleh masuk. Lepas tu bila transfer ke alor setar pun adik stay di NICU.

Ni dah masuk wad biasa sementara kami nak bawak nuruddin balik. Esok insyaallah Keputusan rasmi dari makmal pun dah keluar. Memang sah ‘total intestinal aganglionosis’ Ganglion cell tu cuma tumbuh sampai di perut sahaja. Jadi kalau bagi susu pun, akan keluar balik di mulut dan hidung . Harap-harap dipermudahkan adik nuruddin. Sedih bila dia tengok dan renung kita. Apa pun daddy dan mommy redha.

*Semoga kesembuhan yang cepat diberikan kepada adik Nuruddin dan kekuatan diberikan kepada ahli keluarga.

Sumber: Nur Azizah Mustakin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×