Deko & Hias

Cara Hias Rumah Cermin Personaliti Seseorang, Anda Kategori Yang Mana?

60
SHARES

Setiap orang mempunyai citarasa yang berbeza-beza untuk mencantikkan rumah. Tapi sebenarnya, dari cara seseorang menghias rumah boleh menunjukkan personaliti dirinya. Jadi, untuk kenal orang dengan lebih mudah ini antara cara hiasan yang menerangkan jenis personalitinya. Menarik kan?

KENAL PERSONALITI DARI CARA HIAS RUMAH

Personaliti dengan hiasan rumah?! Apa kaitannya? Kali ini Cecantik nak kongsikan kepada anda yang sebenarnya kita boleh ketahui personaliti seseorang itu dengan melihat cara dia menghias rumah! Nak tahu anda seorang yang bagaimana?!

1.FOTO KELUARGA MENGHIASI DI SEGENAP RUANG

Individu sebegini mempunyai sifat nostalgia dan klasik. Senang mencari keselesaan dengan melihat potret setiap ahli keluarga dalam mencipta kenangan terindah bersama.

2.GEMAR KUMPUL KARYA SENI HALUS

Individu sebegini merupakan seorang yang business minded.

3.SELESA DENGAN RUANG YANG KOSONG

Individu sebegini mungkin ada rasa ragu-ragu dan takut membuat kesilapan melabur untuk reka bentuk mahal, atau sekadar takutkan komitmen. Disebabkan itu selesa membiarkan ruang rumah kosong dan kalau perabot hanya yang perlu saja ada.

4.ADA ELEMEN HIJAU YANG SEGAR DI DALAM RUMAH

Bagaimana orangnya ye? Individu sebegini mempunyai personaliti yang cool, relaks, dan segar. Sukakan kehijauan kerana pada mereka benda sebegitu menenangkan jiwa, pasti akan ada elemen tumbuhan segar memenuhi ruang, contohnya di dapur, bilik air, meja makan atau sekadar di beranda.

5.MEJA KERJA ATAU MEJA BELAJAR PENUH DENGAN BARANG

Pakar Thom Filicia dari program Get a Room with Carson & Thom berkata individu yang mempunyai pelbagai benda di atas meja mereka berkemungkinan seorang yang sentiasa sibuk dengan pelbagai urusan, seorang yang tidak menentu dan mungkin juga kelam-kabut.

6.DEKO DENGAN CARA GANTUNG

Jika anda memilih menggantung gambar, karya seni, atau benda yang dicipta oleh anak-anak anda, itu bermakna anda seorang yang open minded dan sukakan perubahan, selesa untuk bertukar gaya rumah pada bila-bila masa.

7.MENCIPTA SUDUT KECIL

Individu yang selesa mencipta sudut kecil di rumah mungkin bermakna anda lebih suka kehidupan yang tenang. Mungkin seorang yang introvert senang duduk membaca buku di sudut kecil sambil menikmati minuman kegemaran tanpa sebarang gangguan.

8.ADA KEPINGAN VINTAJ MENGHIASI RUANG

Individu sebegini mempunyai sifat praktikal dan asas dalam kehidupannya. Mempunyai pemikiran yang jelas dan diterima akal serta realistik.

Sumber: Deco Rumah Cecantik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×