Rakyat

Permohonan i-Citra KWSP Diawalkan Bermula Esok (12 Julai)!

39
SHARES

Berikutan pengumuman oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyokong inisiatif Kerajaan untuk membantu rakyat Malaysia yang terjejas akibat pandemik dengan memperkenalkan kemudahan pengeluaran i-Citra untuk membantu ahli KWSP mendepani cabaran kesan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam jangka masa pendek.

i-Citra diperkenalkan sebagai inisiatif bagi membantu ahli menghadapi cabaran dan diusahakan setelah dipertimbangkan dengan teliti cara terbaik untuk membantu ahli yang terjejas sekaligus berpegang kepada mandat KWSP.

PERMOHONAN I-CITRA KWSP BERMULA 12 JULAI

Permohonan pengeluaran i-Citra KWSP diawalkan 3 hari bermula esok berbanding tarikh asal 15 Julai. Ahli boleh mula memohon kemudahan tersebut di portal dalam talian i-Citra di icitra.kwsp.gov.my mulai 12 Julai 2021, dengan pembayaran pertama dijangka akan dikreditkan dalam akaun ahli pada bulan Ogos 2021.

Nombor telefon bimbit yang telah dikemas kini untuk menerima Transaction Authorisation Code (TAC) dan akaun bank peribadi aktif diperlukan untuk memudahkan proses permohonan.

TARIKH PEMBAYARAN DIBUAT

Bayaran sebanyak RM1000 sebulan untuk tempoh sehingga 5 bulan tertakluk kepada baki simpanan atau minimum RM50. Bayaran bagi permohonan yang dibuat pada bulan Julai dijangka dibayar bermula bulan Ogos 2021. Jangan lupa untuk buat permohonan ya!

Sumber: KWSP

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×