Rakyat

i-Citra KWSP: Cara Permohonan & Semakan Status Kelulusan

23.5K
SHARES
semakan status i-citra kwsp

Berikutan pengumuman oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyokong inisiatif Kerajaan untuk membantu rakyat Malaysia yang terjejas akibat pandemik dengan memperkenalkan kemudahan pengeluaran i-Citra untuk membantu ahli KWSP mendepani cabaran kesan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam jangka masa pendek.

i-Citra diperkenalkan sebagai inisiatif bagi membantu ahli menghadapi cabaran dan diusahakan setelah dipertimbangkan dengan teliti cara terbaik untuk membantu ahli yang terjejas sekaligus berpegang kepada mandat KWSP.

Walaupun KWSP tetap komited untuk membantu melindungi dana persaraan ahli, KWSP maklum perlunya keseimbangan bagi keperluan semasa dengan simpanan masa depan dan kemudahan sementara bagi membantu ahli dalam menghadapi pandemik ini.

Terkini, KWSP mengumumkan bahawa permohonan pengeluaran i-Citra telah diawalkan 3 hari iaitu 12 Julai, berbanding tarikh asal yang dijadualkan pada 15 Julai.

i-citra kwsp

Di sini kami kongsikan info terkini tentang permohonan dan syarat-syarat membuat pengeluaran i-Citra untuk makluman bersama.

Apakah i-Citra KWSP?

Pengeluaran i-Citra diperkenalkan untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada ahli yang terkesan akibat PKP bagi memenuhi keperluan asas untuk kelangsungan hidup mereka.

Semua ahli di bawah umur 55 tahun layak untuk memohon i-Citra, yang membolehkan mereka mengeluarkan sehingga maksimum RM5,000 tertakluk kepada jumlah baki di kedua-dua Akaun 1 dan 2.

Bayaran sebanyak RM1000 sebulan untuk tempoh sehingga 5 bulan tertakluk kepada baki simpanan atau minimum RM50.

Icitra kelayakan

Syarat Kelayakan

  1. Ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap; dan;
  2. Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.

Amaun pengeluaran icitra

Jumlah / Amaun Pengeluaran Yang Boleh Dikeluarkan

Jumlah pengeluaran yang diluluskan akan dibayar untuk tempoh sehingga lima bulan dengan bayaran bulanan sebanyak RM1000 sebulan tertakluk kepada baki simpanan atau minimum RM50.

Berikut syarat terperinci:

  1. Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM5,000.
  2. Bayaran bulanan akan dibuat sehingga lima (5) bulan.
  3. Bayaran yang ditetapkan adalah RM1,000 sebulan atau tertakluk kepada jumlah baki simpanan.
  4. Bayaran minimum adalah RM50
  5. Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1
  6. Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses setelah ditolak bayaran i-Sinar yang akan datang (jika ada)

Tarikh Permohonan

Permohonan boleh dibuat mulai 12 Julai 2021 hingga 30 September 2021.

Cara Permohonan i-Citra KWSP

Ahli boleh mula memohon kemudahan tersebut di portal dalam talian i-Citra di icitra.kwsp.gov.my mulai 12 Julai 2021, dengan pembayaran pertama dijangka akan dikreditkan dalam akaun ahli pada bulan Ogos 2021.

Nombor telefon bimbit yang telah dikemas kini untuk menerima Transaction Authorisation Code (TAC) dan akaun bank peribadi aktif diperlukan untuk memudahkan proses permohonan.

Rujuk cara permohonan seperti berikut:

  1. Layari icitra.kwsp.gov.my
  2. Isikan Nombor MyKad / MyPR dan Nombor Telefon Bimbit.
  3. Tekan TERUSKAN dan sahkan identiti anda melalui pengesahan Nombor OTP atau Soalan Keselamatan.
  4. Tentukan amaun pilihan.
  5. Tekan TERUSKAN.
  6. Lengkapkan Maklumat Pemohon, Maklumat Pembayaran dan kaji selidik. Tekan TERUSKAN.
  7. Semak semua maklumat dan tekan ‘tick’ pada kotak kecil sebelum tekan HANTAR. Selesai.

I-citra kwsp

Tarikh Pembayaran Dibuat

Bayaran sebanyak RM1000 sebulan untuk tempoh sehingga 5 bulan tertakluk kepada baki simpanan atau minimum RM50.

Bayaran bagi permohonan yang dibuat pada bulan Julai dijangka dibayar bermula bulan Ogos 2021.

Kaedah Pembayaran

Menurut KWSP, bayaran i-Citra akan menggunakan simpanan dalam akaun 2 terlebih dahulu dan sekiranya tidak mencukupi, simpanan dalam akaun 1 pula akan digunakan.

Memetik contoh yang diketengahkan bagi seseorang yang tidak bekerja dan mempunyai simpananRM5,150 dalam akaun 2, simpanan itu akan digunakan untuk pengeluaran i-Citra sebanyak RM5,000.

Icitra kwsp

Icitra kwsp

Semakan Status Permohonan i-Citra KWSP

Semakan status permohonan anda boleh dibuat mulai 16 Julai 2021 melalui laman web KWSP.

Sila ikuti langkah berikut untuk membuat semakan:

  1. Layari laman web i-citra KWSP di pautan berikut: https://icitra.kwsp.gov.my/
  2. Sila isikan nombor MyKad dan nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan semasa permohonan tempoh hari.
  3. Tekan butang Semak Status
  4. Status permohonan anda akan dipaparkan.

NOTA: Status permohonan anda akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Sila semak semula sekiranya status anda masih belum dipaparkan.

icitra kwsp

Jika diluluskan, bayaran akan dibuat mulai Ogos 2021.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lebih lanjut, ahli boleh merujuk laman web KWSP di https://www.kwsp.gov.my/ms/i-citra, atau menghubungi Hotline i-Citra di talian 03-8922 4848.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×