Nampaknya, berita yang dinanti-nantikan seluruh rakyat Malaysia terutamanya Pahang apabila secara rasminya istiadat perkahwinan puteri Sultan Pahang Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dengan pasangannya FD Idzham FD Iskandar bakal bermula di Istana Abdulaziz malam ini.
Maka dengan ini, seluruh rakyat Pahang turut bersiap-sedia kerana tontonan secara langsung akan disediakan buat rakyat jelata serta ada sambutan. Meriah!
Baca juga: “Jemput Datang ke Pahang, Raikan Perkahwinan Diraja Anakanda Saya”- Tunku Azizah
ISTIADAT PERKAHWINAN PUTERI SULTAN PAHANG BERMULA MALAM INI
Baru-baru ini tular sebuah video di laman Tiktok yang menyaksikan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sempat berkongsi tentang persiapan perkahwinan diraja Tengku Puteri Raja, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah. Ramai yang masih tertanya-tanya ketika itu apakah benar ada perkahwinan diraja?
Tidak menjadi persoalan lagi apabila menurut kenyataan Pengelola Bijaya Diraja Utama Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya, istiadat perkahwinan diraja itu akan berlangsung pada tiga hari iaitu 22, 23 dan 25 Ogos ini.
Menurut jadual, majlis akad nikah diadakan pada malam ini diikuti majlis berinai pada Jumaat malam ini dan bersanding pada Ahad.
Kesemua istiadat itu dijadualkan pada 8 malam dan disiarkan secara langsung menerusi dua layar besar di Dataran Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dan satu di Tasik KotaSAS. Malah, pelbagai acara menarik akan turut dianjurkan di kedua-dua lokasi terbabit sepanjang istiadat.
Ada juga hantaran di laman Tiktok milih Tunku Azizah @cmspahang, menunjukkan baginda telah menyiapkan beberapa menu homemade seperti aiskrim strawberry, aiskrim durian dan acar buah Pahang yang popular. Semua dengan air tangan sendiri!
*Warga Sirap Limau mengucapkan Selamat Pengantin Baharu kepada Tengku Puteri Afzan dan FD Idzham serta keluarga diraja Pahang.
Baca juga: Pernah Tular Dengan Jelingan Manja, Ini 5 Trivia YAM Tengku Puteri Afzan Aminah
Sumber: BERNAMA