Asuh

5 Perbezaan Antara Mendidik Anak Lelaki & Anak Perempuan. Mana Lagi Susah?

750
reads

“Dengan kakak ni, dulu kita buat cara lembut dia dengar. Tapi lain pula cara kalau nak nasihatkan adik lelaki yang satu ni. Selagi kita tak berkeras, memang dia buat tak tahu saja. Ada perbezaan ke dalam mendidik anak lelaki dan anak perempuan?”

Walaupun lahir daripada rahim yang sama, tentu ibu bapa boleh pening kepala tengok pelbagai karenah anak-anak.

Tambahan pula, kita bukan lagi hidup di zaman stereotaip, di mana anak lelaki cenderung main polis-polis, manakala anak perempuan pula main anak patung.

Zaman telah berubah, persekitaran anak-anak juga telah berubah.

mendidik anak

Foto Kredit: wisegeek.com

Perbezaan Jantina Memberi Kesan Kepada Kelakuan Anak-Anak

Antara faktor yang sangat membezakan identiti mereka dan respon terhadap kita adalah kelainan jantina.

Menurut Dr Robin, beliau percaya bahawa perbezaan ini menjadikan ibu bapa perlu memberi penekanan yang berbeza terhadap mereka.

Leonard Sax, MD, penulis buku ‘Why Gender Matters and Boys Adrift’ berkata “Tiada perbezaan antara anak lelaki dan anak perempuan dalam perkara yang mereka boleh pelajari. tetapi, ada perbezaan yang KETARA dalam CARA mendidik mereka.”

manfaat memeluk anak

Foto Kredit: kidslink.co.nz

5 Perbezaan Antara Mendidik Anak Lelaki Dan Anak Perempuan

1. Semasa Peringkat Usia Bayi

Anak Lelaki: Mudah bertindakbalas terhadap rangsangan fizikal dan suka mengajuk gerak-geri tubuh berbanding bunyian atau nyanyian.

Maka, mereka lebih mudah terhibur apabila ibu ayah menari, membuat wajah lucu berbanding berceloteh atau membacakan buku cerita untuk mereka.

gula dan garam dalam makanan bayi

Anak Perempuan: Amat gemar terhadap ‘eye contact’, bunyi-bunyian dan amat suka kalau orang berbual dengan mereka.

Tidak hairanlah anak perempuan biasanya petah bercakap dan lebih cepat mahir dalam kemahiran ini sejak usia kecil berbanding anak lelaki yang lambat bercakap.

bayi cepat bercakap

Foto Kredit: roisem.com

2. Dalam Menasihati Mereka

Anak Lelaki: anak lelaki amat menghormati ‘tindakan’ berbanding ‘kata-kata’. Maka, cara terbaik untuk memastikan mereka patuh dengan nasihat adalah dengan menunjukkan contoh atau ‘role model’ yang baik.

Nasihat panjang lebar berkemungkinan besar tidak akan berkesan. Tetapi, sebenarnya anak lelaki adalah lebih sensitif berbanding perempuan dan kalau menangis, mereka lebih sukar ditenangkan.

menjerit pada anak

Foto Kredit: kaev.net

 

Anak Perempuan: Anak perempuan pula mementingkan hubungan dan lebih senang mendengar kata-kata daripada mereka yang dekat di hati mereka. maka, ibu ayah perlu selalu bercerita dengan mereka, bermain dengan mereka, dan selalu ada di samping mereka.

Hubungan yang rapat memudahkan mereka menerima nasihat kita.

disiplin anak 2

3. Apabila Mereka Tidak Bersetuju

Anak Lelaki: Akan mendiamkan diri dan sukar memberitahu kekecewaan dalam hati mereka. Oleh kerana tidak begitu mahir dalam mengekpresikannya melalui perkataan, anak lelaki cenderung menunjukkan kekerasan seperti memukul, menendang, atau membaling barang.

Anak lelaki perlu diingatkan bahawa mereka suara mereka sentiasa didengari. Biarkan anak bertenang dan ambil masa untuk mendengarkan apa yang mereka ingin katakan.

 

sifat anak kedua

Foto Kredit: bambinostory.com

 

Anak Perempuan: Anak perempuan pula lebih cenderung untuk menjerit dan mengatakan perkataan yang mungkin mengejutkan anda seperti “Saya benci Ibu!” atau “Adik jahat!” .

Jangan terkejut kerana mereka lebih cepat menangkap perkataan dan sedang belajar menggunakannya dengan cara yang paling efektif. lebih mementingkan perasaan orang sekeliling dan kadangkala sanggup menanam hasrat sendiri.

anak manja

Foto Kredit: popsugar.com

4. Jika Anak Berebut Atau Membuat ‘Perangai’

Anak Lelaki: Beritahu mereka secara ‘direct’ seperti mengatakan: “Jangan ambil permainan adik. Bagi dia semula sekarang juga!” Cukup.

Mereka akan bertindak dan tidak perlu penerangan yang panjang lebar seperti “Janganlah buat begitu, abang ni tak sayang adik ke? Berapa kali nak cakap? Kan Ibu dah belikan abang yang sama juga semalam.”

Kesilapan besar dalam mendidik anak

Foto Kredit: mamanpourlavie.com

 

Anak Perempuan: Untuk mendidik anak perempuan, mereka perlukan kritikan yang membina dan sedikit pujian seperti “Kakak kan selalunya baik, pandai kongsi mainan. Janganlah rampas mainan kawan tu. Kalau kawan kakak ambil mainan kakak, mesti kakak pun akan sedih kan?”

Kadangkala, cakap begini pun mereka akan menangis.

Sikap ibu bapa

Foto Kredit: photographyblogger

5. Jika Mereka Mahukan Sesuatu Di Kedai

Anak Lelaki: Menurut laman web supernanny.co.uk, anak lelaki biasanya mahukan keputusan secepat mungkin dan akan menjadi lebih tidak terkawal jika anda menjawab “Nantilah, kita tengok dulu barang lain.”

Keadaan ini boleh membuat mereka mula buat perangai dan memberontak.

Mereka perlu diberitahu bahawa anda dengar kemahuan mereka. Tetapi, anda tidak akan membelinya sekarang juga.

Jadi, lebih elok anda beritahu mereka secepatnya, “Maaf sayang, Ibu tahu Aiman suka kereta kebal itu. Tapi, kita tak boleh beli mainan hari ini. Ibu cuma bawa duit cukup untuk beli sayur dan ikan saja.”

Memarahi anak

Foto Kredit: melissanorthway.com

 

Anak Perempuan: Anak perempuan mungkin akan merungut apabila anda meminta mereka untuk menunggu. Tapi, kajian menunjukkan anak perempuan lebih mudah menerima penolakan jika anda bijak berdiplomasi dengannya.

Hargai tindakan mereka dan elok juga anda tawarkan sesuatu yang lain, “Baiknya kamu hari ini sebab dengar cakap. Alhamdulillah. Nanti Mak masakkan sup ayam kegemaran Alia ya.”

Anak dengar cakap

Foto Kredit: special-ism.com

Seimbangkan Keperluan Anak Lelaki Dan Perempuan

Secara ringkasnya, anak lelaki perlu diajar agar lebih bersikap verbal kerana mereka bijak menggunakan fizikal dan berfikiran logik secara semulajadi.

Manakala, untuk mendidik anak perempuan pula, ibu bapa tidak sewajarnya melupakan fokus terhadap mental dan emosi mereka supaya lebih yakin diri dan tidak terlalu menurut kemahuan orang lain. Ini kerana, mereka cenderung untuk cuba menggembirakan orang yang mereka sayangi hingga lupa terhadap kemahuan sendiri.

Walaubagaimanapun, mungkin juga anak anda cenderung bersikap dengan sikap yang berlawanan atas faktor lain. Maka, luangkanlah masa untuk mengenali mereka supaya anda dapat mendekati mereka secara lebih berkesan.

Yang Popular

To Top