Famili

Peraduan #DuluKiniSelaluFN Kini Beri Peluang Kepada Rakyat Malaysia Berkarya Sempena Hari Kemerdekaan!

44
SHARES

Lebih kurang seminggu je lagi kita akan menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia tau. Wahh tak sabarnya!

Anda ingat tak, masa waktu sekolah dulu kan setiap kali menjelang bulan Ogos mesti kita diwajibkan menyanyikan lagu-lagu patriotik ketika perhimpunan kan? Bukan setakat itu je, macam-macam pertandingan akan dianjurkan seperti mewarna, melukis dan sebagainya.

Sambutan Hari Kemerdekaan diadakan adalah untuk memperingati Hari Kemerdekaan Negara dan memberi kesedaran kepada semua rakyat Malaysia erti kemerdekaan disamping mengetahui rentetan peristiwa-peristiwa yang berlaku sebelum merdeka.

Sempena Hari Kemerdekaan yang paling istimewa kali ini, F&N dengan bangganya meraikan saat yang bersejarah ini bersama anda. Mereka ada anjurkan satu peraduan #DuluKiniSelaluFN yang bertemakan Kemerdekaan dan anda berpeluang memenangi hadiah yang lumayan tau.

Mesti anda dah excited nak join peraduan ni kan? Jom kita tengok macam mana nak join.

Reka cipta corak tin F&N #DuluKiniSelaluFN!

Kita semua tahu setiap kali menjelang sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia, antara perkara utama yang menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia pastinya tertumpu kepada reka cipta logo dan sebagainya yang bertemakan Kemerdekaan.

Masa ni lah anda boleh tonjolkan kreativiti anda, mana tahu ada rezeki anda untuk menang kan? Belum cuba, belum tahu!

Apa tunggu lagi, cepat join peraduan #DuluKiniSelaluFN ni. Apa yang anda perlu buat ialah reka cipta corak tin F&N yang kreatif bertemakan kemerdekaan dan berpeluang memenangi hadiah yang menarik tau.

Peraduan ni sah dari sekarang sehingga 30 September 2022. Jangan risau sebab peraduan ini terbuka untuk semua rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun dan ke atas.

Anda hanya perlu membeli mana-mana produk F&N dengan berharga sekurang-kurangnya RM6.50 dalam satu resit untuk menyertai peraduan ni. Mudah kan!

Pssttt…anda jangan lupa muat turun templat reka cipta yang telah disediakan tau baru senang nak berkarya nanti. Anda boleh klik sini untuk muat turun sekarang!

Mesti anda tertanya-tanya apa nak buat lepas tu kan?

Berikut merupakan langkah menghantar borang peraduan anda :

Langkah 1: Tulis nama dan nombor MyKad anda didepan resit pembelian.

Langkah 2: Muat naik resit pembelian dan hasil karya anda di sini.

Biar betul F&N nak bagi laptop kepada yang bertuah!

Setiap peraduan mesti lah ada ganjaran yang menarik akan menanti kan. Anda nak tahu tak apa hadiah yang ditawarkan jika anda mengambil bahagian dalam peraduan #DuluKiniSelaluFN ni?

Bukan biasa-biasa ya hadiah dari F&N kali ini, confirm anda akan lagi excited nak join.

Antara hadiah yang boleh dimenangi pada akhir tempoh peraduan adalah seperti : 

Hadiah Utama x 1

  • Laptop DELL Precision 5560 Workstation bernilai RM17,616
  • Wang tunai RM10,000
  • Produk F&N bernilai RM1,000

Hadiah Tempat Pertama x 1

  • Laptop HP Spectre X360 Convertible bernilai RM7,099 
  • Wang tunai RM8,000 
  • Produk F&N bernilai RM800

Hadiah Tempat Kedua x 1

  • Samsung Galaxy Tab S7+ bernilai RM4,599
  • Wang tunai RM5,000
  • Produk F&N bernilai RM500

Hadiah Sagu Hati x 62

  • Telefon Pintar Honor X9 4G bernilai RM1,099
  • Wang tunai RM500 
  • Produk F&N bernilai RM200 setiap satu

Tidak lupa juga di akhir tempoh peraduan, pihak penganjur akan menyenarai pendek dan menilai semua penyertaan reka cipta yang diterima sepanjang tempoh peraduan berdasarkan kriteria berikut :

  • Kreativiti dan keaslian tema reka cipta yang digambarkan – 30%
  • Kualiti komposisi artistik, teknik, keseimbangan warna dan reka cipta keseluruhan berdasarkan tema – 30%
  • Tafsiran, kejelasan dan kesan tema reka cipta – 20%
  • Kesan keseluruhan reka cipta – 20%

Fuhh, siapa lah yang akan menang kan? Untuk pengetahuan anda, setiap pemenang akan dipaparkan di sini tau.

Lepas dah tahu semua mengenai peraduan #DuluKiniSelaluFN ni, apa tunggu lagi cepat pergi ke kedai-kedai yang berhampiran dan beli satu produk F&N untuk join. Ingat jangan lambat nanti terlepas!

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web rasmi F&N atau Facebook mereka. Semoga berjaya!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×